Tautan Ukhwah

Friday, January 17, 2014

Dakapan Erat Kasih Sayang Allah



                                                       
                                                       Gambar hiasan

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum w.b.t,

Wahai pemuda/i yang Allah sentiasa menunggu rintihanmu..

          Apa khabar imanmu tika ini? Sibuk mengulangkaji pelajaran? Ada antara sahabat-sahabat kita yang sudah pun tamat peperiksaannya. Hanya tinggal kita yang masih dalam perjuangan ini.

          Apa perasaanmu tika ini? Ketika ku menelaah tadi, tiba-tiba ada bisikan yang menghimpit jiwa..”Nabilah..mampukah lagi kau study? Akan fail kah aku? Markah yang aku dapat yang tak seberapa ini..mampukah aku lulus?”

Astaghfirullah..astaghfirullah..astaghfirullah..

*********
Masih segar di mindaku saat mendapat markah bagi satu subjek itu..

Ketika namaku dipanggil..debar terasa..

Ku melangkah kaki dengan penuh harapan menuju pensyarah (Doc) di hadapan.

Saat mataku meliar mencari di mana markahku ditulis..Hati berdegup kencang.

Akhirnya..mataku tertangkap pada satu tulisan..Allahurabbi..Mulutku terkunci.

Allah..Allah..Allah.

Tidak pernah ku mendapat markah serendah itu sepanjang diploma dahulu. Mataku mula ditakung dengan bebanan air. Bila-bila masa ia akan jatuh dari kelopak mataku.

Cuba ku tenangkan diri sambil mengukir senyuman buat sahabat-sahabat. Aku bukan lemah.

********
Pembaca yang lembut hatinya dengan Allah,

          Seringkali kita merasakan kita lemah, lantas kaki yang melangkah, tiba-tiba terhenti buat seketika. Apabila kita ditimpa ujian, hati merasakan ingin mencari sahabat lalu mendakapnya erat. Sedarkah kita….sebenarnya di saat kita hampir jatuh rebah tersungkur, Allahlah yang pertama mendakap erat dengan kasih sayangNya pada kita.

Firman Allah s.w.t:
“Dan antara manusia ada yang berkata: “Kami beriman kepada Allah.” Tetapi apabila mendapat gangguan dan rintangan dalam melaksanakan perintah Allah, dia menganggap gangguan itu seakan-akan seksaan daripada Allah. Dan jika datang pertolongan daripada Allah, mereka pasti akan berkata: “Sesungguhnya kami beserta dengan kamu (kaum mukmin).” Sesungguhnya bukankah Allah lebih mengetahui apa yang ada dalam dada manusia? Dan sesungguhnya Allah mengetahui orang yang beriman dan benar-benar mengetahui orang yang munafik.”
(QS Al-Ankabut: 10-11)

Kadangkala rasa seperti ingin terus menangis dan menangis. Meratapi ujian yang hadir. Usap demi usapan singgah di pipi. Namun, sehingga bilakah harus sebegini?  Seringkali kita bertanya kenapa harus aku yang menerima ujian ini?

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Thabrani daripada Abu Umamah, Allah berfirman kepada malaikat-Nya yang bermaksud:

“Pergilah kepada hambaKu. Lalu timpalah bermacam-macam ujian kepadanya kerana Aku mahu mendengar suaranya.”

Allah…Allah..Allah…

Ketika ini, malu rasanya kepada Allah s.w.t. mungkin aku yang semakin jauh dariNya. Allah itu amat Pengasih pada hambaNya. Berkata seorang ahli hikmah, Ibnu Ataiilah Askandari,:

“Barangsiapa yang menjangka sifat kasih sayang Allah terpisah dalam takdirNya, maka itu adalah kerana pendeknya penglihatan akal dan mata hati seseorang.”

Pembaca yang moga sentiasa dalam kasih sayangNya,

          Ayuh..muhasabah kembali. Belajar kita ini kerana apa? Adakah hanya kerana untuk lulus exam? Yakinkah kita pada takdirNya? Siapa kita untuk menentukan lulus atau tidak dalam exam? 

          Ye…

          Kadangkala kita merasakan kita sudah mengulangkaji pelajaran itu. Namun, apa yang berlaku adalah..apabila masa peperiksaan, tajuk yang kita sudah baca, tidak keluar dan yang keluar pula soalan yang kita tidak jangka malah kita langsung tidak ingatpun.

          Ketika itu…siapa yang mampu menolong kita? Rasa buntu sementara. Kembalilah kepadaNya. Berserahlah kepadaNya. Sesungguhnya Allah lebih Mengetahui apa yang kita tidak ketahui. Jangan terlalu sedih. Kerana pada masa inilah, Allah mentarbiyah kita. Ketika ini..barulah kita sedar, kita sebenarnya kerdil, ilmu Allah itu sungguh luas. Allahuakbar.

“Sesungguhnya sangat mengagumkan seorang mukmin, sebab segala keadaanya adalah baik, dan mungkin tidak terjadi yang demikian kecuali bagi seorang mukmin yang jika dia mendapat nikmat dia bersyukur, maka syukur itu sangat baik baginya dan bila menderita kesusahan dia bersabar, maka sabar itu sangat baik baginya.”
(Hadis Riwayat Muslim)

Pernah suatu ketika ku bertanya pada sahabatku, Aizul Azhani, “hang boleh jawab tak tadi..risau la..risau law kena repeat”.

Katanya: “entah la..sekarang ni..tunggu keajaiban dari Allah ja..”

Walaupun ringkas jawapannya..namun cukup membuat ku berfikir dan kembali beristighfar. Jazakillah sahabatku.

                                               



Adik-adik,  kakak-kakak..dan sahabat-sahabat…

Ye..bukan mudah untuk kita menerima sesuatu dengan mudah dan tenang. Teringat kata seorang ustaz dari Lubnan ketika daurahku sebelum ke Jordan, 

“kenapa perlu saya sedih,marah dan kecewa??? Ini semua daripada Allah. Apa-apa yang datang dari Allah untuk saya, pasti itu yang terbaik. Jika tidak, apalah ertinya saya mengakui..saya redha..saya cintakan Allah jika apa-apa yang datang daripadaNya..saya tidak dapat terima?”
(ustaz cakap arab..lebih kurang macam ini jika diterjemahkan)

Betul kan kata ustaz? Pernah kita terfikir sebegitu? Jom perbaharui niat. Kuatkan azam. Tepis bisikan-bisikan syaitan yang suka melihat kita jatuh dalam godaanya. Kita ada Allah. Teruskan langkah dalam mengejar cinta dan redhaNya. Ku juga banyak kelemahan dan kekhilafan, namun pintu taubat Allah sentiasa terbuka pada hamba-hambaNya. 

Akhir kalam dariku, teruskan perjuangan yang kamu sedang hadapi. Usahalah selagi mana kamu mampu. Seterusnya..serahkan pada Allah. InsyaAllah, kita akan tenang. Aamin.

Muhammad s.a.w, baginda pejuang cita-cita yang berani,
Tak pernah menyerah, tetapi berhati tawadhu',
Mulia dan tabah.

Jom banyakkan selawat ke atas Nabi s.a.w.  Jom contohi Rasulullah s.a.w.

Wassalam. Wallahualam.

*sekadar coretan seorang hamba yang hina. Apa yang baik, ambillah, dan yang kurang elok, jgn diikuti. Mohon doa semua.

Siti Nabilah Azman
Mutah, Jordan
17/1/2014
1.25 am

No comments:

Post a Comment