Tautan Ukhwah

Saturday, September 14, 2013

Siapa Seorang Sahabat?

                                                             
 
SAHABAT….

“Sahabat adalah mereka yang tahu semua kekuranganmu, namun tetap memilih bersamamu ketika orang lain meninggalkanmu.”

 

Tidak semua orang mampu bersama kita setelah mengetahui kekurangan dan kelemahan diri kita.

Kalau kita mampu menerima kelebihan seseorang, mengapa tidak kita menerima kekurangan dia?

Kita juga manusia.

 Dia juga manusia, pasti masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri.

 

“Sahabat adalah dia yang tahu kekuranganmu, tetapi menunjukkan kelebihanmu. Dia tahu ketakutanmu, tetapi menunjukkan keberanianmu”.
 

 
Seorang sahabat itu sentiasa membantu kita sedaya upayanya.

Dia tahu kekurangan diri kita, tetapi dia selalu membantu dengan menunjukkan kelebihan kita.

Seorang sahabat itu, tidak menjadikan kekurangan dirimu sebagai beban kepadanya, malah dia cuba mengisi kekurangan kita dengan kelebihannya.

Wajarkah dengan satu kesilapannya, semua kebaikannya harus dilupakan?

Seorang sahabat itu tidak akan menghukum sahabatnya yang telah melakukan kesilapan dengan kekurangannya, malah seorang sahabat itu akan menerima kesalahan sahabat itu dengan menerimanya kekurangan itu.

Sahabat kerana Allah, pasti indah.

Kerana apa?

Apa-apa tindakan yang dilakukan oleh sahabat kita kepada kita seperti marah, merajuk dan sebagainya adalah daripada Allah.

Betul atau tidak?

Apa-apa daripada Allah, pasti itu yang terbaik buat kita.

Kenapa perlu benci, tidak suka pada sahabat walhal dia yang Allah hadirkan pada kita untuk menguji secebis keimanan dirimu?

Sahabat juga mampu membawa ke SyurgaNya.

Sayangilah sahabatmu seadanya…

Sahabat itu hadiah daripada Allah.

 

*Buat sahabat-sahabatku, maaf andai diri ini tidak mampu menjadi sahabat yang baik padamu , diri ini masih lagi cuba memahami apa ertinya seorang sahabat.

 Uhibbuki fillah.

 

 

 

4 comments:

  1. Terima kasih ya jenguk blog sy..nie kunjungan balas untuk blog nabilah..sy follow sini ya..tahniah jg dpt belajar dkt jordan.bestnya..assalamualaikum..

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum...sihat tak..apa khabar :)

    bagi kak lea kawan2 ibarat cermin.diorang akan tegur kita kalau ada tersalah kata dan tersilap tingkahlaku.kalau kita berkawan disebabkan Allah,insya Allah kita akan sentiasa dipertemukan dengan kawan2 yang mempunyai aura positif,kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam..alhmdulillah..baik.
      betul tu..nabilah sokong pndpt kak lea.
      moga persahabatan itu mampu menggapai redha & syurgaNya.
      InsyaAllah.

      Delete