Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum w.b.t,
Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah.
Kini, berpijaknya daku di bumi Jordan. Bumi yang penuh barakah. Rasa seperti
sebuah mimpi, tapi inilah realiti.
Bermulanya
di KLIA, pelbagai perasaan yang hadir dalam diri ini. Bersalaman dengan saudara
mara, air mata yang pada mulanya cuba bertahan, namun akhirnya tertewas dengan
perpisahan yang sementara itu. Sungguh syahdu dan pilu. Ku melangkah dengan
membawa harapan yang menggunung tinggi.
Dalam flight Royal Jordan
Alhamdulillah,
didampingi oleh pelajar perempuan juga. Sepanjang perjalanan, ada juga ku
menonton filem. Tapi yang paling tidak tahan, tengah tidur, digerak untuk
makan. Lepas makan, tidur. Kemudian, jaga dan terus makan. Allah…macam lawak je.
********
Alhamdulillah,
sampai di Jordan, jam 5 lebih pagi. Dan yang paling terkejut, airport di Amman,
tidak ada surau. Maka selepas ambil wuduk, kami beramai-ramai solat di
belakang-belakang kerusi je. Namun, di sinilah mengajar kami agar terus mujahadah.
Setibanya
kami di sana juga, kami disambut oleh senior-senior yang belajar di Mu’tah.
Kami menaiki bas ke Mu’tah. Hampir 2 jam juga perjalanan kami ke sana.
Sepanjang
perjalanan, daku teruja sangat dengan suasana di sini. Melihat padang pasir
mengingatkan daku pada zaman Rasulullah s.a.w. Sebak dirasa. Banyak sangat
kambing di padang pasir.
Bangunan?
Bangunannya tidak la terlalu banyak. Tak ada bumbung?
Unik…
Luar je nampak macam tak berapa cantik, walhal
dalamnya…subhanallah..cantik jiddan!
Cuaca?
Nampak cam panas, tapi sejuk. Rasa macam duduk di
Cameron. Bangun pagi, lagi la…Allahurabbi..sejuknya. Perubahan cuaca bagiku
cukup mencabar la.
Orang
Jordan ni, suka sangat main hon kenderaan. Kadang-kadang ku tersenyum je sebab
dah jadi macam lagu. Allahuakbar.
Kami
sekarang ditumpangkan di rumah transit. Ana, salimah, hani, atiqah &
k.hanisah. pic kami, kak Aslam. Allahurabbi..selesa sangat rumah ni. Makan lagi
la sedap. Syukran buat kak Aslam. Kata kak Aslam, selalu awal2 ni, pelajar
Malaysia memang cepat naik badan. Hmm..perlu bersedia ni.
Mendengar
orang Jordan bertutur Arab di sana sini cukup membuatku rasa teruja. Masih rasa
seperti mimpi.
Di
sini, boleh guna Weinak yang boleh kol Malaysia dalam 50 minit. Tadi kol mak,
tiba-tiba suara mak sebak. Apalagi, lagilah diriku sebak. Tapi ok la, zaman kan
dah canggih.
Buat
semua, terima kasih selalu menyokong, memberi sokongan dan ambil berat pada
Nabilah. Doakan nabilah mudah belajar di sini ye? Jaga diri korang. Buat shbtku, Salimah, Atiqah, Hani &
K.hanisah, moga kita semua terus mujahadah dalam perjuangan ini.
Buat Shahida, Sabiha, Fatin, moga kalian jua teruskan
perjuangan di sana. Moga Allah memudahkan urusan kita dalam menggapai redha dan
cinta-Nya.
Ingatlah..
“Rasa lelah dalam belajar itu wajar, tapi jangan
menyerah dalam belajar”.
Salam
rindu buat kenalanku di Malaysia.
Wassalam.
Assalamualaikum wbt,salam jihad dalam menuntu ilmu,Rindunya nak dengar suara Nabilah..tak sangka k.Hanisah pun dapat sambung belajar kat sana juga..salam sayang dan rindu dari akak (^_^)
ReplyDeletewaalaikumussalam..rindu juga nak degr kak mini gelak2..happy je rasa.
Deletemiss u too.jaga diri ye kak mini.uhibbuki fillah.
assalamualaikum..wah alhamdulillah.kak lea doakan segala urusan dipermudahkan Allah,usia dan kesihatan diberkati amin..amin..amin :)
ReplyDeletep//->terima kasih ye dalam sibuk2,sudi sis singgah baca dan komen entri kak lea.nanti share ye segala pengalaman di jordan.mana tau dengan izin Allah,mungkin rezeki anak2 kak lea pulak satu hari nanti di sana ^*
Waalaikumussalam..
DeleteinsyaAllh kak lea..
sbnrnya suka baca setiap entri kak lea.
teruskan menulis ye kak..
doakan nbilah..^_^
assalamualaikum, alhamdulillah.. enti selamat tiba di bumi Jordon, teruskan perjuangan mencari redha Allah.. ana ada sepupu di sana, Univ Mut'ah... salam ukhwah enti.
ReplyDeleteWaalaikumusslam..ya ka?
ReplyDeletespe sepupu enti?
salam. Semoga dipermudahkan segala urusan dlm medan tempur menuntut ilmu. Teringat semasa bergulat di medan yg sama muda2 dahulu.
ReplyDeleteApa pun mudah2an ilmu yg diperolehi memberi manfaat dan kebaikan kepada diri dan org lain ...
Allahu yusallimak...
wslm..aaamin ya Allah.
Deletejazakallahu khair.
Assalamualaikum, Tahniah..selamat belajar..bestnye ke sane, doakan moge sye diizinkan ke sane juga ya.. :)
ReplyDeleteWaalaikumussalam..
ReplyDeletesyukran.
InsyaAllah..^_^