Tautan Ukhwah

Tuesday, March 5, 2013

Hati Yang Sihat

                                                                     

Assalamualaikum w.b.t,
          Alhamdulillah segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam, kita masih diberi nikmat iman dan Islam. Selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad s.a.w serta keluarga baginda. Tidak lupa doakan buat sahabat2 kita di Sabah, moga mereka dilindungi dan dijaga Allah.

Astaghfirullahal ‘azim..astaghfirullahal ‘azim..astaghfirullahal ‘azim.

Pembaca yang dikasihi Allah,
          Bagaimanakah hati kita tika ini? Hati ini milik siapa? Milik ALLAH. Allah yang telah meminjamkan hati ini kepada kita. Seharusnya kita menjaga sungguh-sungguh benda yang telah kita pinjam dari Allah kerana suatu hari nanti kita perlu pulangkan kepada pemilik sebenar hati ini.

Jadikanlah hati kita sihat.

Apa itu hati yang sihat?
Hati yang sihat ialah hati yang selamat pada hari Kiamat seperti difirmankan Allah swt dalam surah Asy-Syu’ara, ayat 88-89:
“(yakni) di hari harta dan anak-anak lelaki tidak berguna, kecuali orang-orang yang menghadap Allah dengan hati yang yang sihat.”



Takrif umum tentang hati yang sihat:

ü  Hati yang bersih dari semua syahwat yang bertentangan dengan perintah Allah dan larangan-Nya.

ü  Bersih dari semua syubhah yang bertentangan dengan wahyu Allah.

ü  Bersih dari peribadatan kepada selain Allah s.w.t.

ü  Kecintaannya bersih untuk Allah s.w.t dan berhukum kepada Rasul-Nya.

ü  Berharap kepada-Nya.

ü  Bertawakal kepada-Nya.

ü  Merendahkan diri kepada-Nya.

ü  Mengutamakan keredhaan-Nya dalam semua keadaan.

ü  Menjauh dari kemurkaan-Nya.

Hati yang sihat itu…
Jika dia mencintai orang atau sesuatu, dia mencintai kerana Allah swt.

Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhan-Mu.

Pembaca yang setia,
          Sedarlah dari lamunan. Periksalah hati kita sebelum terlambat. Bila-bila sahaja, tuannya akan mengambil ia dari kita. Bersedialah dari sekarang..

Jom tingkatkan ibadah, perbaiki diri..

Moga Allah redha.

Wallahualam.

*Sumber ada dipetik dari buku Penyakit Rohani & Rawatannya, Ibnu Qayyim Al-Jayziyyah.

2 comments:

  1. slm sggh di sini bertanya khbr ^^

    trm ksh share entri ni.sentiasa cuba menjaga hati dr hari ke hari krna terlalu byk dugaan n godaan yg x kan henti selagi hayat dikandung badan ^*

    ReplyDelete
  2. wslm...
    terima kasih sudi ziarah di blog ini.
    insyaallah, niat yg baik pasti ada jalan-Nya.

    ReplyDelete