SAFAR
Ø Bulan kedua
mengikut perkiraan kalendar Islam yang berdasarkan tahun Qamariah (perkiraan
bulan mengelilingi bumi).
Ø Safar ertinya
kosong.
Ø Dinamakan Safar
kerana dalam bulan ini orang-orang Arab sering meninggalkan rumah menjadi
kosong kerana melakukan serangan dan menuntut pembalasan ke atas musuh-musuh
mereka.
Ø Antara
peristiwa-peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam pada bulan ini
ialah:-
a) Peperangan Zi-Amin, tahun ke3 Hijrah
b) Peperangan
Ar-Raji (Bi’ru Ma’unah) pada tahun ke4 Hijrah.
Ø Di kalangan
umat Islam mengambil kesempatan melakukan perkara-perkara bidaah dan khurafat
yang bertentangan dengan syariat Islam.
Ø Ini kerana
menurut kepercayaan turun-temurun sesetengah orang Islam yang jahil, bulan
Safar ini merupakan bulan turunnya bala bencana dan malapetaka khususnya pada
hari Rabu minggu terkahir.
Wallahualam.
No comments:
Post a Comment