Tautan Ukhwah

Monday, January 14, 2013

Harga Sebuah CiNTa



                                                              
          Alkisah di suatu pulau kecil, tinggallah berbagai macam benda-benda abstrak iaitu CINTA, KEKAYAAN, KECANTIKAN, KESEDIHAN, KEGEMBIRAAN dan sebagainya. Pada mulanya, mereka hidup berdampingan dengan baik dan saling melengkapi.

          Namun suatu ketika, datang badai menghempas pulau kecil itu dan air laut tiba-tiba naik semakin tinggi dan akan meneggelamkan pulau itu. Semua penghuni pulau cepat-cepat berusaha menyelamatkan diri.

          CINTA sangat kebingungan sebab ia tidak dapat berenang dan tidak mempunyai perahu. Ia berdiri di tepi pantai mencuba mencari pertolongan. Sementara itu air semakin naik membasahi kaki CINTA. Tidak lama itu,  CINTA melihat KEKAYAAN sedang mengayuh perahu.

“KEKAYAAN! KEKAYAAN! Tolong aku!” teriak CINTA.

Jawab KEKAYAAN, “ Maaf, CINTA! Perahuku telah dipenuhi harta bendaku. Aku tak dapat membawamu sekali, nanti perahuku tenggelam. Lagipun, tiada tempat lagi bagimu di perahuku ini!”.

          Lalu KEKAYAAN cepat-cepat mengayuh perahunya pergi meninggalkan CINTA tenggelam. CINTA sedih sangat, namun kemudiannya dilihatnya KEGEMBIRAAN datang dengan perahunya.

“KEGEMBIRAAN! Tolong aku!”, teriak CINTA.

 Namun apa yang terjadi, KEGEMBIRAAN terlalu gembira kerana ia menemukan perahu sehingga ia tuli tidak mendengar teriakan CINTA. Air semakin tinggi membasahi CINTA sampai ke pinggang dan CINTA semakin panik. Tidak lama selepas itu, KECANTIKAN pula datang.


“KECANTIKAN! Bawalah aku bersamamu!”, teriak CINTA.

Jawab KECANTIKAN, “Wah, CINTA, kamu basah dan kotor. Aku tidak boleh membawamu bersama. Nanti kamu mengotori perahuku yang indah ini”.

          CINTA sedih sekali mendengar jawapan itu. CINTA mulai menangis teresak-esak. Apa kesalahanku? Mengapa semua orang melupakanku? Saat itu, KESEDIHAN muncul. Lalu cinta berteriak,

“Oh, KESEDIHAN, bawalah aku bersamamu!”.

Jawab KESEDIHAN, “Maaf, CINTA, aku sedang bersedih dan aku ingin bersendirian..,” kata KESEDIHAN sambil terus mengayuh perahunya.

          CINTA putus asa. Ia merasakan air semakin naik dan akan menenggelamkannya. CINTA terus berharap kalau dirinya dapat diselamatkan. Lalu ia berdoa kepada Tuhannya, “Oh, Tuhan..tolonglah aku, apa jadinya dunia tanpa aku?, tanpa CINTA?”.

      
    Pada saat kritis itu, tiba-tiba terdengar suara, “CINTA! Mari cepat naik ke perahuku!”. CINTA menoleh ke arah suara itu dan melihat seorang tua berjanggut putih panjang sedang mengayuh perahunya. Lau cepat-cepat CINTA naik ke perahu itu.

          Kemudian, di pulau terdekat, orang tua itu menurunkan CINTA dan segera pergi. Pada saat itulah baru CINTA sedar bahawa ia sama sekali tidak mengetahui siapa orang tua yang baik hati itu. CINTA segera menanyakannya kepada seorang penduduk tua di pulau itu siapa sebenarnya orang tua itu. “Oh, orang tua tadi? Dia adalah WAKTU”, kata orang tua itu. Lalu CINTA bertanya, “Tapi, mengapa ia menyelamatkanku? Aku tidak mengenalinya. Bahkan teman-teman yang mengenaliku pun enggan menolongku,” tanya CINTA hairan. “Sebab hanya WAKTUlah yang tahu betapa nilainya harga sebuah CINTA itu..”.

**********
          Kesimpulannya,…
Cinta kepada Allah
Cinta Rasul
Cinta Ibu Bapa
Cinta kepada Ummah
Cinta kepada Kecemerlangan

          Ingat..cinta kepada Allah, pasti kamu tidak akan menyesal. Jom melangkah menuju dan mengejar cinta-Nya. Cintailah-Nya lebih dari segala-galanya.^_^

Wallahualam.



6 comments:

  1. slm sggh sini,alhamdulillah bgs entri ni.ramai terleka bahawa 'waktu' sentiasa tidak kehilangan walau satu saat pun untuk kita. apa yg ada di sekeliling kita~kekayaan-kecantikan-kesedihan-kegembiraan..itu semua ibarat 'widget' melengkapkan kehidupan di dunia yg penuh dusta :)

    ReplyDelete
  2. wslm..betul tue..ramai yg terleka..moga kita menjadi org yg sedar dan melangkah menuju-Nya.
    -jzkk sudi ziarah di sni.-

    ReplyDelete
  3. :) assalamualaikum... ya,, nabilah.. waktuuu

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. assalamualikum.. kisah ni sungguh mnarik... dpt jga pngajaran dri crita akak ni.. :)

    ReplyDelete