Tautan Ukhwah

Saturday, December 28, 2013

Hati Mukmin

                                                                             

Assalamualaikum w.b.t,

Apa khabar imanmu?

Di sini, Nabilah nak share lirik lagu nasyid yang amat menyentuh hati sanubari ini. 

Setiap kali mendengar nasyid ini..

Rasa sebak..sayu,,pilu…

Moga kalian juga dapat manfaatnya. Nabilah pun tak pasti siapa penasyidnya sebab kata pengirim lagu ni, ini lagu lama. Kemudian, Nabilah nak mintak maaf tak boleh nk upload nasyid ni sebab masalah internet. Tapi siapa yang nak, boleh pm Nabilah kat fb ye? Apa-apapun, terima kasih buat si dia yang berkongsi nasyid ini denganku. Moga Allah merahmatimu. 

Jom hayati…
   
                                       


HATI MUKMIN

Mengalirlah air mata mukmin
Atau mengalir air mata hatinya
Bila mengingati Tuhan-Nya…

Malunya hati mukmin
Bila mengenangkan
Rahim dan Rahman Tuhan…

Remuk redam hatinya bila teringat
Qahar dan jabbar-Nya
Resah gelisah jiwanya
Melakukan dosa
Sedih hatinya lalai dengan Tuhan-Nya…

Kemudian sedar semula
Tidak tentu rasa hatinya
Bila berbuat kesalahan dan kesilapan

Hati mukmin tidak pernah tenang
Dengan Tuhan-Nya
Tenang dengan dunia-Nya
Jiwa bergelombang dengan Tuhan-Nya
Bagaikan lautan tak pernah tenang

Kalau bukan kerna kewajipan
Tentu mereka bersendirian
Membawa diri berkelana bersama Tuhan.



Wednesday, December 18, 2013

Bahagiaku Ini...

                                                                     

Assalamualaikum w.b.t,

          Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah untuk setiap perkara. Apapun keadaan kita sekarang..bersyukurlah kita kepada Allah yang Amat Pengasih kepada hamba-Nya.

Firman Allah s.w.t dalam surah An Nahl,ayat 18:

“Jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan dapat menentukan jumlahnya (menghitungnya). Sesungguhnya Allah benar-benar maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

          Tika ini, detik ini…jariku laju memulakan gerak-gerinya. Mataku terpana melihat setiap huruf-huruf di keyboard yang seolah-olah tersenyum melihat jariku memulakan langkah. Bibirku mengukir sebuah senyuman yang sukar ditafsirkan oleh diriku sendiri.

Pembaca yang dirahmati Allah,
          Pernahkah kalian rasa terlalu gembira pada satu ketika? Mesti pernah kan? Pernah terfikir tak kenapa kita terlalu rasa bahagia?

Krik..krik..krik..krik…^_^

          Saat ini…jujur..bibirku mudah untuk ukirkan sebuah senyuman. Malah jauh sudut hatiku, seolah-olah ada sesuatu yang membuat ia rasa seperti seolah-olah amat “bahagia”.

          Lama-kelamaan, diri ini makin pasti..yang diriku mungkin dalam keadaan bahagia. Apa yang buat ku rasa makin pasti?

“Nabilah…nak tanya cikit..ada apa-apa ka yg berlaku? Akak tengok..nabilah semakin happy je?”

“Akak…seronok tengok akak..akak nampak bahagia sangat…kenapa?”

“Kak Nabilah….serius adik cakap..akak nampak berseri-seri sebab akhir-akhir ini..akak nampak happy..sentiasa senyum..n ceria..”

“Nabilah…ana nak tanya cikit ni…nabilah ok ka? Ada apa-apa nak share? Tengok nabilah cam happy semacam je..”

Krik..Kriik..Krikk…

          Sebenarnya…jauh di sudut hatiku jua tertanya-tanya…

Betulkah aku nampak seolah-olah terlalu bahagia? Kenapa? Puas ku mencari jawapan….

Ku terfikir…

Ku juga ada ujian…

Ku juga ada masalah…

Ku juga ada kisah sendiri…

Namun..nampak seolah-olah aku bahagia..???

Akhirnya……ku tersenyum…..

Buat kakak2, adik2, kawan2 yang asyik tanya soalan yang sama..jujur..nabilah tiada jawapan untuk itu..tapi….inilah luahan hatiku..:

Bukan Nabilah tiada masalah, cuma bibir ini cuba juga ukirkan sebuah senyuman untuk semua. Teringat kata Prof Muhaya, katanya..kita akan beri apa yang kita ada untuk orang lain..jika kita ada sedih yang mendalam, sedih itulah yang akan kita beri pada orang yang berjumpa dengan kita. Jika kita ada marah, marah kitalah yang akan dapat pada orang yang datang kepada kita. Jadi…try the best untuk beri apa yang kita ada pada orang ada..especially ‘perasaan” kerana perasaan itu satu benda yang rumit.

          Senyum itu penawar hatiku. Sebab? Dengan senyuman itu seolah-olah buat kita rasa….”saya seorang yang kuat dan tabah..”.

                                                            
                                       terima kasih buat pengirim kata-kata ini..


          Nabilah tiada apa-apa untuk beri pada orang lain. Moga dengan senyumanku dapat buat kalian bahagia…(sebak pulak).

     
   

Nabilah mungkin tidak sentiasa bersama kalian jika kalian menghadapi masalah. Namun, harapnya..dengan senyuman nabilah..keadaan Nabilah yang tampak seolah bahagia ini mampu buat kalian juga bahagia walaupun sebentar.
              
          Bahagia Nabilah ini juga kerana….Nabilah rasa bahagia mengenali kalian. Kalian? Ye….korang semua yang pernah hadir dalam hidupku….mungkin setiap orang mempunyai sikap sendiri. Tetapi ia cukup buat Nabilah bahagia..kalian adalah anugerah Allah buat Nabilah.

          Ada orang tanya…kenapa still senyum? Hang xdak perasaan ka? Xdak terasa ngan orang ka? ^_^…..Perasaan itu….semuanya daripada Allah. Terasa? Confirm la pernah. Tapi haruskah Nabilah terus bermasam muka dan terus menerus dengan perasaan itu. Bak kata orang..”jika kita boleh menerima kebaikan seseorang..kenapa kita tidak boleh menerima kelemahan seseorang itu?” (Nabilah harap kalian juga dapat menerima kekurangan diri ini..(sebaaak)

          Soalan yang paling cepu emas…”Nabilah…..entah2 hang bahagia ni..sebab dah jumpa seseorang yang menawan hati hang eik?”
Emm..jawapan soalan ini..maaf. Nabilah tiada jawapan untuknya. Perasaan ini sukar dijangka. Mohon doa semua, ye? ^_^

          Menerima lamaran Jordan ini juga terutamanya yang membuatku rasa bahagia. Banyak yang ku pelajari dan ku temui. Alhamdulillah. Terima kasih Allah.

          Akhir sekali, yang paling buat ku bahagia..apabila teringatkan ALLAH yang Amat Maha Pengasih..Maha Pemurah. Allah tidak pernah meninggalkan kita, tetapi kita yang selalu tinggalkan Allah. Perasan tak? Walau kita pernah buat yang Allah tidak suka..tetapi Allah itu Maha Pengampun. Lantas, Allah masih membantu kita dalam urusan hari ini.

Astaghfirullahal’azim…

                                                           



          Hanya setakat ini coretan dariku. Mungkin ada yang terfikir..apa benda la coretan macam ni kan? Hehe..tergerak nak tulis..sebab serius, ramai yang tanya tentang seolah2..Nabilah ni nampak “bahagia”. Jawapan yang rigid,  Nabilah sendiri tak pasti. Apapun, harap kita semua bahagia dalam kasih sayangNya. Sayang kalian kerana Allah!
Jom teruskanlah langkah mengejar cinta dna redha-Nya.

Wallahualam.

*hanya sekadar coretan hidup penulis. Yang baik ambillah, yang tidak baik..mohon tegurannya dan jangan contohi ye?

         

Tuesday, November 12, 2013

Aku Seorang Pelajar di Jordan


                                 

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum w.b.t,

          Ketika jari enak menaip, hatiku kini merasai pelbagai perasaan. Inilah perasaan yang Allah hadirkan tika ini. Sukar untuk diceritakan, hanya yang mengalami pasti mengetahuinya.

          Kini, ku berada di bumi Anbiya, Jordan. Kadangkala memang masih sukar untuk percaya yang kini sudah berada di sini. Namun, inilah realiti bukan fantasi lagi.

          Semakin hari, kita semakin meningkat dewasa. Malah ujian yang datang kepada kita bukanlah seperti dulu. Pelbagai bentuk ujian yang datang. Namun, bagaimana kita cuba untuk menerimanya dengan baik?

Firman Allah s.w.t, dalam Surah Ankabut, ayat 2 & 3:

“Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, “Kami telah beriman,” dan mereka tidak diuji? Dan sungguh, Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka pasti Allah mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta.”


          Bermulanya pada awal pagi, mujahadah bangun dari selimut yang enak. Merasai air yang sejuk, imanku sedikit goyah. Namun, haruskah ku terus membiarkan bisikan syaitan padaku menang? 

          Berjalan untuk menaiki coaster juga dapat membuat hati ini terhibur. Bila bercakap,  kepulan-kepulan asap mula keluar dari mulutku. Sungguh bahagia. 

                                                          



          Namun, bahagia itu diuji. Ketika dalam kelas, mata, fikiran cuba untuk ditumpukan pada lecturer (disebut doktor). Kadang-kadang, rasa pening apabila langsung tidak faham apa yang doktor katakan dalam kelas. Mula hati ini bermonolog:

“Allah..adakah kerana dosa-dosaku, maka dihijabkan untuk memahami ilmu ini?”


          Baru-baru ini, ada imtihan awal (exam pertama). Markah yang dapat tidaklah seperti dibayangkan. Sungguh menguji keimanan. Namun, bagaimana untuk mengawal perasaan ini? Haruskah daku terus di hanyut kesedihan? Ya. Memang benar. Sistem belajar di sini, jauh berbeza dengan Malaysia. Jika di Malaysia, pembentangan, assignment, kerja kursus dan lain-lain boleh membantu markah subjek itu. Namun, di sini hanyalah peperiksaan semata-mata. Di sinilah pergantungan kepada Allah itu amat diperlukan. 

          Kemudian, ada doktor yang perlu dibuat bahas ( sedikit tugasan) bagi subjeknya. Perlu digunakan kitab turas/ qadim (kitab lama). Allahurabbi. Beberapa kali, bukuku ditolak. Pernah ku dan sahabat merenung lama kitab-kitab di maktabah (library). Di sinilah kesabaran teruji. Rasa ingin berputus asa kerap kali menjenguk di hatiku, namun ku tepis ia dengan:

Firman Allah s.w.t, dalam Surah Yusuf, ayat 87:

“..Dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir”.

          Hari ini, sekali lagi ku dan sahabat-sahabatku (Salimah dan Hani) diuji. Rasa ingin saja air mata ini mengalir. Tika ujian itu datang, kaki ini rasa ingin rebah di situ juga. Namun, lahir rasa kagumku dengan sahabat-sahabatku yang masih kental. Maka, ku kuatkan langkah menghadapinya. 

Firman Allah s.w.t, dalam Surah Ali Imraan, ayat 139:

“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman”.

                                                          


Ketika ku pulang dari universiti tadi, lemah rasa langkahku ini. Mencorak langkah sambil muhasabah dengan ujian pada hari ini.  Semakin lama melangkah, semakin hilang langkahku. Ku dongakkan kepala ke langit. Subhanallah. Ku pandang orang sekeliling, pelbagai keadaan yang ku lihat. Allahurabbi. Akhirnya ku bermonolog:

“Nabilah..bukankah kau seorang pelajar? Yang menuntut jauh di sini demi menimba ilmu Allah yang luas itu? Mudah sangatkah untukmu mengalah? Ini baru permulaan..masih banyak ujian yang menunggumu di hadapan sana..”


Akhirnya, bibirku mengukir senyuman… langkahku semakin gagah. Ya! Akulah seorang pelajar!!! Terus belajar..bukan hanya belajar di universiti, namun belajar menerima segalanya daripada Allah. Inilah tarbiah dari Allah. Alhamdulillah. Terima kasih Allah.^_^

*buat shbt2ku, jangan sedih2 lagi. Jom teruskan langkah mengejar cinta dan redha-Nya. Allah itu Maha Penyayang.^_^