Tautan Ukhwah

Thursday, November 29, 2012

Solla Alaikallah..

                                                                                 

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum w.b.t,

          Alhamdulillah..segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Selawat dan salam ditujukan kepada junjungan Nabi Muhammad s.a.w serta insan-insan yang meneruskan perjuangan baginda.

          Tatkala jari ini bergerak laju menaip..begitulah jua hatiku yang berdegup kencang sambil menulis. Perasaan hiba tiba-tiba hadir dalam diri ini.

          Sebentar tadi, ku membelek-belek blogku. Ligat berfikir, apakah yang ku ingin lakukan? Akhirnya, jariku cepat bergerak klik pada musik di blog. Terfikir di benakku, adakah kau mahu menukar lagu di blog ini? Akhirnya..satu suara hadir membisikkan YA!

          Baru membuka page musik ini, di carta teratas, keluar satu tajuk lagu, Sollu Alaikallah-Imam Muda Najdi. Tidak pernah pula ku dengar. Akhirnya, ku menekan tanda ‘play’.

Allah......
Allah……
Allah…..

 Air mata mengalir dengan deras membasahi pipiku. Sebaknya….Allahurabbi…perasaan apakah ini? Muncul secebis keinsafan dalam diri ini.

Puas ku mengesat air mata di pipi, namun seolah-olah ia degil untuk berhenti. Akhirnya, ku menadah tangan, memohon ampun kepada Allah, banyaknya dosaku terhadap-Nya.     

Bagaimana cintaku terhadap kekasih-Nya, Nabi Muhammad s.a.w. Peribadinya yang mulia, sentiasa dekat dengan Allah. Diriku ini? Masih kurang berzikir..Allah…

Terima kasih Ya Rabb..mungkinkah ini satu teguran kepadaku..agar banyak mengingati-MU. Zikir adalah satu ketenangan..

Banyakkan zikir..kurangkan dengar lagu yang melalaikan. Ya Allah..hinanya diri ini. Apalah gunanya hidup ini tanpa cinta-MU.

Pembaca yang dirahmati Allah,
          Pejamkan matamu sebentar…sebutlah…ALLAH…ALLAH..ALLAh…sebutlah berulang-kali, sehingga bergetar hatimu…sebak…akhirnya..titisan mutiara jatuh di pipimu.

          Kita sudah tiada masa untuk lalai. Mati itu pasti. Bertaubatlah…banyakkan amalan, tingkatkan ibadah..perbaharui niat..banyakkan buat yang berfaedah dan pastikan ia diredhai Allah.

          Akhir kalam, ku mengharapkan kalian menghayati zikir di blog ini dengan sepenuh hati. Fikirlah sedalam-dalamnya..apa yang kamu mahukan dalam hidup ini? Ayuh..jadi solehah!

*Kesat air matamu…bangunlah! Terus mengejar cinta dan redha-Nya..masih ada masa! Jangan berlengah.

Wallahualam.

Wednesday, November 28, 2012

Zainab Bint Jahsy

                                                                     
Assalamualaikum w.b.t,

          Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Semoga selawat dan salam dilimpahkan ke atas Nabi Muhammad s.a.w., keluarga, sahabat dan seluruh orang yang memperjuangkan syariatnya sampai hari kiamat. Amin ya ilahal’alamin.

Pembaca yang dirahmati Allah s.w.t,

          Kenal tak siapa Zainab binti Jahsy? Ingat-ingat lupa eik? La ba’sa…mari kita ingat kembali…

Siapa Zainab binti Jahsy?

*      Merupakan isteri Rasulullah s.a.w.
*      Sebelum berkahwin dengan Rasulullah s.a.w, namanya adalah Barrah. Seteleh berkahwin dengan Rasulullah s.a.w menjadi Zainab.
*      Dilahirkan di Mekah 20 puluh tahun sebelum kenabian.
*      Ayahnya, Jahsy bin Ri’ab – tergolong pemimpin yang dermawan dan berakhlak baik.
*      Cantik.
*      Dibesarkan di tengah keluarga yang terhormat.
*      Digelar perempuan Quraisy yang cantik.
*      Meninggal dunia pada tahun 20 Hijrah.

**********
Bukankah Zainab bin Jahsy berkahwin dengan Zaid?
Yer…

Siapa Zaid?
Zaid merupakan anak angkat Rasulullah s.a.w. Orang yang pertama memeluk Islam dari kalangan hamba.

             Rasulullah s.a.w telah meminang Zainab binti Jashy untuk Zaid bin Haritsah. Pada permulaannya, Zainab membenci Zaid dan menentang untuk berkahwin dengannya. Menurut mereka, bagaimana mungkin seorang gadis cantik terhormat berkahwin dengan seorang hamba? Rasulullah s.a.w menasihati mereka berdua dan menerangkan kedudukan Zaid di hati baginda, sehingga turunlah ayat kepada mereka:

“Dan tidaklah patut bagi lelaki yang mukmin dan tidak (pula) bagi perempuan yang mukmin, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusann mereka. Dan barangsiapa menderhakai Allah dan Rasul-Nya maka sungguhlah dia telah sesat, sesat yang nyata.”
(Al-Ahzab:36)

             Akhirnya mereka berkahwin atas pelaksanaan perintah Allah walaupun Zainab tidak menyukai Zaid. Perkahwinan itu bertujuan untuk menghilangkan tradisi jahiliah yang senang membanggakan diri dan keturunan.

             Di hadapan Zaid, Zainab selalu membangga-banggakan dirinya sehingga menyakiti hati Zaid. Setiap kali itu, Zaid berusaha menenangkan diri dan bersabar, namun tingkah laku Zainab sudah tidak dapat dikendalikan, akhirnya terjadilah talak.

*********
Perkahwinannya dengan Rasulullah s.a.w..

             Ayat 37 dalam Surah Al-Ahzab adalah merupakan perintah Allah agar Nabi Muhammad s.a.w. mengahwini Zainab dengan tujuan meluruskan pemahaman keliru tentang kedudukan anak angkat.

*********
Peribadi Zainab binti Jashy:-

ü  Seorang wanita solehah.
ü  Bertakwa dan tulus imannya.
ü  Bekerja menggunakan kedua belah tangannya, menyamak kulit dan menyedekahkannya di jalan Allah.- rajin sedekah
ü  Rajin qiam.
ü  Gemar berpuasa.

**********
             Allahurabbi..begitulah sedikit kisah tentang Zainab Binti Jashy. Seorang wanita muslimah yang gemar beribadah. Bagaimana pula dengan kita? Banyakkah ibadah kita? Allah…mari muhasabah. Perbaharui niat, tingkatkan amalan. Moga terus istiqamah dalam mengejar cinta dan redha-Nya. Amin..

Wallahualam.


Friday, November 23, 2012

Perasaan Itu Daripada Allah

                                                                                 

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum w.b.t,

          Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.  Selawat dan salam kepada junjungan Nabi Muhammad s.a.w yang telah membimbing umat manusia ke jalan yang benar dalam mencari keredhaan Allah s.w.t.

Pembaca yang dirahmati Allah sekalian,

          Boleh tak ku ingin tanya sesuatu kepadamu? Apakah perasaanmu yang hadir dalam hatimu kini?
Sedih?

Gembira?

Takut?

Marah?

Sedih?

Sunyi?

Tahukah kalian bahawa semua perasaan ini daripada Allah? Kadangkala, perasaan itu hadir tanpa diduga. Sedang bergembira, tetapi dilanda kesedihan. Hati ini ibarat empangan, akan ada sumber air daripada pelbagai aliran.

Subhanallah….Maha Suci Allah. Pemilik hati ini. Raikanlah setiap perasaan itu seadanya. Apapun jua perasaan yang hadir ini, semuanya datang daripada Allah.

Allahurabbi..Kadangkala kita sering mempersoalkan kenapa Allah menghadirkan sesuatu perasaan yang kita rasa, kita tidak menyukainya..padahal Allah itu Maha Mengetahui. Seharusnya kita banyakkan zikrullah agar kita dapat mengawal setiap perasaan kita itu. Allah berfirman dalam surah Al-Ahzab, ayat 41 & 42:

“Wahai orang-orang yang beriman, berzikirlah kepada Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya. Dan bertasbihlah kepadaNya di waktu pagi dan petang.”

Hamba yang dikasihi Allah,

          Ayuh..tingkatkan diri kita. Serahkan cinta suci kita kepada-Nya, nescaya akan hadir perasaan yang indah kepada kita. Mantapkan ibadah, tingkatkan iman. Moga dapat meraih cinta & redha-Nya.

Wallahualam.


Monday, November 19, 2012

Milik Siapakah Hati Itu?



                                                                  
Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum w.b.t,

          Alhamdulillah, segala puji bagi Tuhan semesta alam. Selawat serta salam dilimpahkan kepada junjungan Nabi Muhammad s.a.w, keluarga, sahabat dan seluruh orang yang memperjuangkan syariatnya sampai hari kiamat. Amin ya ilahal’alamin.

Sebelum meneruskan pembacaan..marilah kita sama-sama beristighfar terlebih dahulu..dan doakan juga untuk sahabat kita di Gaza.

Astaghfirullahal’azim (7x)

*********
Perbualanku dengan adikku Amirul,

Amirul: “Kakak, macam mana la law kita berada di Gaza, kan? Tak tahu nasib kita..Mati akan mai bila-bila ja kan?”

Diriku: “ye..tapi..kat kita kat sini pun..jika Allah tarik nyawa kita, mati juga”.

Amirul : “Macam mana law mati sekarang..amalan tak banyak lagi..hati tak bersih lagi..macam-macam ada..”.

Diriku: “ Allahurabbi..itu la dik..kita kena jaga hati kita..perbaiki diri, banyakkan amalan..moga-moga Allah terima amalan kita”.

*********

          Selepas perbualan itu, ku mengenangkan hati ini. Allah..takut-takut masih banyak kekotoran. Ku terimbau kembali perbualanku dengan seorang adik juniorku..

********
Adik junior: Akak..nak tanya..hati akak milik siapa?

Diriku: : “Milik Allah…”.

Adik junior : “Em…akak..law hati ini milik Allah..nanti Allah nak balik tak?”

Diriku : “Adikku sayang..hati ini akan dikembalikan kepada tuan asalnya..kerana kita hanya meminjam. Cuba adik bayangkan..sekarang nie pun, jika kita pinjam barang orang, mesti nak pulangkan dengan keadaan yang baik, kan?”

Adik junior: “ A’ah..mesti la akak. Em..akak..jika hati kita dah rosak..dan kita cuba pulihkan..tapi ia rosak kembali..cam mana akak? Susah la nak jaga hati…kejap ok..kejap tak”.

Diriku: “Sekurang-kurangnya kita usaha dik. Malu tak jika sekarang, tiba-tiba hati kita perlu dihantar kembali kepada tuannya, Allah? Banyak yang tak baik tentang hati kita. Selama nie..kita tak sedar..kita pinjam je daripada Allah.”

Adik junior: “Allah..yer la akak. Malunya…macam tak sanggup nak bagi balik sekarang. Akak..mesti sekarang..Allah tahu segalanya tentang hati kita kan?”

Diriku: “Mesti la dik..Allah itu kan Maha Mengetahui.”

Adik junior:” Allah..malunya..kalau la orang lain dapat tengok hati adik sekarang..emm..hinanya diri ini”.

Diriku: “ Adik..tahu tak..Nabi Muhammad s.a.w selalu berdoa:

“Ya Allah yang mengarahkan hati, arahkanlah hati-hati kami untuk taat kepada-MU”
(HR. Muslim)

Adik junior: “Akak..adik takut mati la..”.

Diriku: “Kematian hati adalah satu perkara yang menakutkan bagi insan yang bergerak mencari keredhaan Allah s.w.t dalam kehidupannya.”

Akhirnya..kami berpelukan. Sama-sama cuba muhasabah.

*********
          Sedarlah..hati ini pemilik Allah. Nanti akan dipulangkan kepada tuannya. Jagalah dengan baik. Allah itu Maha Mengetahui atas sesuatu. Malulah kepada Allah apa yang berlaku kepada hati kita. Allahurabbi..


Ya Allah, Tuhan Pemilik hati kami,
Tetapkanlah hati kami agar sentiasa taat kepada-Mu,
Menjauhi larangan-Mu,
Sesungguhnya Engkau Maha Melihat & Maha Mengetahui.

Wallahualam.

Saturday, November 17, 2012

Baca Tak Doa Masuk & Keluar Tandas?

                                                               

Assalamualaikum w.b.t,

          Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Selawat dan salam disampaikan kepada junjungan Nabi Muhammad s.a.w. keluarga serta para sahabat baginda.

Pembaca yang dirahmati Allah,

          Dalam seharian, berapa kalikah kita berulang-alik dari tandas? Adakah kita membaca doa dan keluar tandas atau memang lupa? Inilah kesalahan yang sering dilakukan oleh kita disebabkan oleh godaan syaitan.

Apa sebabnya?

Iaitu kelalaian meninggalkan zikir dari mengingati Allah yang menjadikan syaitan dapat menguasainya.

Nak tahu sunnah masuk dan keluar tandas?

Jom baca....

Dari Anas bin Malik r.a, dia berkata, “Bahawasanya Rasulullah s.a.w apabila masuk tandas, beliau membaca:


                                                

Bagaimana pula jika seseorang sudah memasuki tandas dan lupa membaca doa? Adakah perlu terus membaca doanya?

Dalam buku 400 Kesalahan Dalam Solat di bawah tajuk Kesalahan Mengenai Buang Hajat menjelaskan bahawa:

Yang jelas-wallahualam, dia perlu membacanya lagi-jika dia lupa- jika sudah terlanjur masuk selagi belum duduk untuk membuang hajatnya.

Tetapi, jika dia telah duduk hendaklah dia memohon perlindungan dalam hatinya dan tidak perlu dengan lisannya.

Aisyah r.a. berkata, “Bahawa Nabi s.a.w apabila keluar tandas, beliau membaca:
                                                     

**********
Tambahan..

Mengikut sunnah Nabi Muhammad s.a.w, apabila seseorang ingin membuang hajat ia perlu duduk terlebih dahulu. Ini kerana supaya air kencing itu tidak memercik ke arahnya.

Ibnu Mas’ud berkata, “Seseorang yang kencing berdiri dianggap sebagai orang tidak sopan. Oleh sebab itu, ‘Aisyah r.a. pernah memberitahu,

“Sesiapa yang menceritakan kepadamu bahawa Rasulullah s.a.w. kencing sambil berdiri, maka janganlah kamu mempercayainya. Sebenarnya baginda tidak pernah kencing kecuali sambil duduk.”
(Hadis Riwayat Tirmizi)

Semoga beramal.
Wallahualam.


Friday, November 16, 2012

CINTA



CINTA merupakan sumber kebahagiaan dan cinta terhadap Allah harus dipelihara dan dipupuk, suburkan dengan solat serta ibadah yang lainnya.
(Imam Al-Ghazali)


Wednesday, November 7, 2012

Jangan Bimbang Dengan Ukhwah Ini..

                                                                         

Duhai sahabat..
Janganlah kamu bimbangkan ukhwah ini akan terputus
Kerana ukhwah itu di hati.

Walau bersendirian pasti ia menemani..
Ia hadir dari secebis sifat Ar-Rahim Allah
yang dicampakkan ke dalam hati manusia mengikut kehendak-Nya.




Andai ukhwah ini berkekalan..
Ia kerana-Nya.
Begitu juga dengan sebaliknya,
Kita hanya mampu ikhtiar agar ianya berkekalan.

Tapi jangan i’tiqadkan
 Bahawa kita tetap akan bersama
Walau apa jua keadaan sekalipun
Kerana kehendak Khaliq mengatasi makhluk-Nya.




Monday, November 5, 2012

Cinta Luar Biasa Tsauban

                                                                                   

Tsauban adalah seorang pemuda yang tertawan di suatu peperangan. Kemudian,  dibeli oleh Rasulullah s.a.w dan dimerdekakan. Rasulullah s.a.w yang telah menjadi sebab keislaman dan kemerdekaannya itu. Tsauban juga merupakan seorang sahabat yang sangat kasih dan cinta kepada Nabi s.a.w. Beliau selalu berdamping dengan Nabi s.a.w.

Suatu malam, Tsauban tidak dapat tidur kerana asyik memikirkan dirinya yang tidak dapat terus bersama Nabi s.a.w saat itu. Beliau berbisik kepada dirinya, “Ketika di dunia aku terpaksa berpisah dengan Rasulullah s.a.w. lebih-lebih lagi di malam hari, bagaimana pula di akhirat nanti? Kalau aku di Syurga, Rasulullah s.a.w. sudah tentu di tingkat yang paling istimewa dan aku di tingkat yang lain. Dan jika aku di neraka, sudah tentu aku tidak bertemu langsung dengan Rasulullah s.a.w.”.

Disebabkan asyik memikirkan hal itu, beliau tidak dapat tidur sepanjang malam. Pada keesokan hari menjelang Subuh, beliau ke masjid untuk melaksanakan solat subuh berjemaah yang diimamkan oleh Rasulullah s.a.w.

Sesudah solat, seperti biasa Rasulullah s.a.w. akan menghadap ke arah para sahabat. Tiba-tiba Baginda terpandang wajah Tsauban yang kedua-dua biji matanya merah. Baginda pun memanggil Tsauban ke hadapan.

Rasulullah s.a.w bertanya: “Adakah kamu sakit, wahai Tsauban?”

Tsauban menjawab:”Tidak wahai Rasulullah.”

Rasulullah s.a.w bertanya lagi: “Kenapa kedua-dua matamu merah?”

Tsauban pun menceritakan apa yang telah berlaku semalam. Ketika itu Rasulullah s.a.w. diam tidak berkata apa-apa kerana Syurga bukanlah milik Baginda. Dalam keadaan begitu, Baginda tidak dapat memberi jawapan yang pasti. Maka pada ketika itu, turunlah wahyu yang menjawab persoalan tersebut:

Allah s.w.t berfirman dalam surah An-Nisa’ ayat 69, yang bermaksud:

“Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya, maka mereka akan (ditempatkan di Syurga) bersama-sama orang yang telah dikurniakan nikmat Allah kepada mereka, iaitu nabi-nabi dan orang-orang yang siddiqin, dan orang-orang yang syahid, serta orang-orang yang soleh. Dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman dan rakan (kepada orang-orang yang taat itu)”.

Kemudian Baginda s.a.w bersabda yang diriwayatkan oleh Anas r.a. yang bermaksud:

“Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya ia telah mencintaiku, dan sesiapa yang mencintaiku, nescaya ia bersama-samaku di dalam Syurga.”

**********
          Allahurabbi…begitu dalam cinta Tsauban kepada Nabi Muhammad s.a.w. Tanya di lubuk hati, sejauh manakah cinta kita terhadap Rasulullah s.a.w? Jangan biarkan cinta kita terhadap Nabi s.a.w terluput dalam sanubari..lakukanlah sesuatu. Wallahualam.