Tautan Ukhwah

Sunday, October 14, 2012

Makan & Minum Syaitan

                                                                         

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum w.b.t,

          Alhamdulillah, kita masih diberi nyawa oleh Allah s.w.t untuk meneruskan perjuangan kita pada hari ini. Mari kita berzikir sebelum meneruskan pembacaan..

Subhanallah wa Alhamdulillah wa Lailahaillallah wa Allahuakbar (3x)

          Alhamdulillah..tenang cikit bukan? ^_^

Pembaca yang dirahmati Allah s.w.t,

          Imam Muslim meriwayatkan sebuah hadis di dalam sahihnya, “Abdullah bin Umar r.a. berkata, Rasulullah s.a.w bersabda:

“Apabila salah seorang antara kalian makan, hendaklah dia makan dengan tangan kanannya, dan apabila dia minum hendaknya dia minum dengan tangan kanannya. Kerana syaitan makan dan minum dengan tangan kirinya.”
( Hadis Riwayat Imam Bukhari (7/171-Fathul bari)

Subhanallah….cube cek..kita minum guna tangan mana yer?

*********
          Imam Muslim meriwayatkan sebuah hadis daripada Huzaifah bin Yaman r.a. dia berkata, “Setiap kali kami menghadapi makanan bersama Rasulullah s.a.w, kami tidak berani mendahului baginda untuk mengambil makanan sampai baginda s.a.w, memulai dan mengambil dengan tangannya.

          Pada suatu kali, kami menghadari jamuan makan bersama Rasulullah s.a.w. Kemudian, datang seorang budak perempuan kecil yang kelihatan sangat berselera ketika melihat hidangan tersebut. Oleh itu, dia pun bergegas menghulurkan tangannya untuk mengambil makanan tersebut. Namun, Rasulullah s.a.w segera memegang tangannya.

          Kemudian, datang lagi seorang Arab Badwi, dan kelihatan sangat berselera untuk memakan hidangan itu. Baginda memegang dan menahan tangannya lalu bersabda, “Sesungguhnya syaitan ikut makan makanan yang tidak disebutkan nama Allah. Dia datang bersama hamba sahaya ini untuk memakan makanan ini, maka aku pun memegang tangannya. Lalu dia juga datang bersama Arab Badwi ini untuk ikut makan makanan ini, maka aku pun memegang tangannya. Demi Allah yang jiwaku dalam genggaman-Nya, sesungguhnya tangan syaitan itu berada pada tanganku bersama tangan hamba sahaya ini.” (HR Muslim (13/190-Syarh Sahih Muslim). Pada riwayat lain Imam Muslim menambahkan, “Kemudian baginda menyebut nama Allah dan makan.”

**********
          Jadi, sebelum makan, seharusnya kita berdoa dulu. Jangan terlalu gopoh-gapah apabila ingin menikmati hidangan makanan.

                                                           

Jika hendak minum, gunakanlah tangan kanan, sesungguhnya syaitan suka pada bahagian kiri. Selamat beramal, jangan biar syaitan suka dengan amalan kita, kerana syaitan adalah musuh kita yang nyata. Biarlah kehidupan kita ada perubahan walaupun sedikit. Biar sedikit daripada tiada langsung. Wallahualam.


2 comments:

  1. makan minum tgn kiri tu syaitan kan :) Allah... entry ni.....syukran ye.... :)

    ReplyDelete
  2. syukran ilmu yang dikongsi. moga Allah redha :)

    ReplyDelete