Assalamualaikum
w.b.t,
Alhamdulillah dengan izin dan
limpah-Nya, masih lagi kita bernyawa pada hari ini. Apa khabar imanmu?
Baru-baru ini, semasa bersama sahabat , kami ada berbicara tentang doa.
Persoalan kami, ada ke orang yang berdoa seolah-olah marah? Suaranya tinggi...emm..ada
pula macam ni? Padahal kita ingin memohon bantuan kepada Allah s.w.t.
Pembaca
yang dirahmati Allah sekalian,
Dalam Islam, kita dianjurkan berdoa
dengan suara lembut. Allah s.w.t berfirman dalam Surah Al-A’raf, ayat 55:
“Berdoalah
kepada Tuhanmu dengan merendahkan diri dan suara yang lembut”.
Berdoalah kepada Allah kerana jika
kita tidak melakukannya, kita akan dianggap sombong. Allah s.w.t menyuruh
hamba-Nya bersungguh-sungguh dalam berdoa dan dilakukan dengan suara lirih
(tidak kuat). Berdoa dengan suara lirih
lebih menunjukkan kesopanan dan keikhlasan.
Diriwayatkan
daripada Al-Hasan, kata beliau:
“Kaum
muslimin dahulu sangat bersungguh-sungguh di dalam berdoa tepai suara mereka
tidak kedengaran melainkan bisik-bisik antara mereka dengan Tuhan mereka. Ini
kerana Allah berfirman: “Berdoalah kepada Tuhanmi dengan rendah diri dan suara
yang lembut”.
(Tafsir
Ibnu Katsir, 3/428)
Ibnu
Taimiyah juga menyebutkan beberapa faedah berdoa dengan suara lembut:
1-
Menunjukkan kualiti iman yang lebih tinggi. Apa
yang bersangkutan mengetahui bahawa Allah s.w.t. mendengar doa yang dipanjatkan
dengan suara lembut.
2-
Menunjukkan sopan santun dan penghormatan. Kerana
di hadapan para raja umumnya tidak ada suara yang kuat. Barangsiapa yang
bersuara kuat di hadapan mereka, maka mereka akan murka kepadanya. Sementara
Allah memiliki perumpamaan yang paling tinggi kualitinya. Apabila Allah s.w.t
mendengar doa yang dipanjatkan dengan suara lirih, maka tidak ada yang sesuai
dengan adab kesopanan di hadapan-Nya selain merendahkan suara.
3-
Terasa lebih tawaduk dan khusyuk.
4-
Terasa lebih tulus dan ikhlas.
5-
Dapat memberi tumpuan yang lebih dalam suasana
merendahkan diri semasa berdoa. Ini kerana suara yang kuat akan memecahkannya.
6-
Menunjukkan Allah s.w.t. Tuhan Yang Maha Dekat
dengan hamba-Nya. Oleh kerana itu Allah s.w.t. memuji hamba-Nya , Zakaria
dengan firman-Nya yang bermaksud:
“(Iaitu)
tatkala dia berdoa kepada Tuhannya dengan suara yang lembut”
(Surah Maryam : 3)
Dalam
awal surah Maryam ini, Allah menceritakan kisah Nabi Zakaria yang tidak pernah
berputus asa dan tidak pernah kecewa dalam berdoa meminta agar dikurniakan
zuriat walaupun telah tua beruban, dan isterinya mandul. Beliau kental yakin
dengan berdoa dan terus berdoa kepada Allah dengan suara yang lembut. Sehingga
akhirnya Allah beri khabar gembira untuknya dengan kurniaan zuriat bernama
Yahya.
7-
Lebih memungkinkan untuk terus-menerus memanjatkan
permohonan. Ini kerana lidah tidak jemu dan organ tubuh lain tidak penat.
Berbeza dengan ketika bersuara kuat yang menyebabkan lidah terasa jemu dan
stamina tubuh menurun.
8-
Jauh dari gangguan yang boleh menghilangkan
tumpuan.
Akhir
kalam, berdoalah...kerana berdoa merupakan salah satu cara yang dapat ditempuh
bagi seorang hamba untuk membuktikan keperluannya kepada Allah, dan sebagai
bukti ketundukan dirinya kepada Rabbul ‘Alamin.
Muhasabah sebentar....
Wallahualam.
· - Sumber ada dipetik dari buku yang berjudul Adab Dalam Islam karya Fuad Abdul Aziz
Asy-Syalhub.
Assalamualaikum.. lama tak bertandang menjenguk blog sahabat..ya berdoala..kerana dgn doa kita bisa bangkit dari lemah... dan lain2... heheh
ReplyDelete@LeiyaUmairah
ReplyDeleteWaalaikumslm..
jazakillah sudi ziarah di sni..^_^
Betul tue..dgn doa..kehidupan kita lebih bermakna.
naam ahsanti... Allah... Allah makin suke dengar rintihan kite kan....
ReplyDeletena'am.
Delete