Tautan Ukhwah

Monday, October 22, 2012

Kisah Taubat Seseorang Yang Meninggalkan Solat

                                                                 

Assalamualaikum w.b.t,

          Apa khabar imanmu? Ada tinggalkan mana-mana waktu solat? Jawapannya ada padamu. Jujurlah pada dirimu. Inginkan redha Allah?

Pasti semua orang mengkehendakinya, namun….mengapa meninggalkan suruhan-Nya? Mari kita menghayati kisah teladan ini..

**********
Suatu hari, Abdullah bin Marzuq bersama Mahdi menikmati minuman dengan diselingi hiburan dan muzik tanpa mendirikan solat Zohor, Asar dan Maghrib. Tetapi hamba perempuannya yang mempunyai kedudukan di sisinya lalu memperingatinya dan ketika tiba waktu Isyak, hamba tersebut membawa bara api lalu meletakkannya di atas kakinya, dia terkejut seraya berkata :

”Apa yang engkau lakukan ini?”

Hamba itu berkata,”Inilah bara api dunia, lalu apa yang akan engkau perbuat dengan api akhirat?”

                                                          

Kemudian dia menangis tersedu-sedu lalu berdiri untuk solat.

          Nasihat dari hamba tersebut menyentuh hatinya. Dia berpendapat tidak ada yang  boleh menyelamatkannya kecuali meninggalkan kemewahan dan harta benda.

          Maka dia bebaskan hamba-hamba-Nya dan mulai mengatur jarak dengan teman-temannya serta mengeluarkan hartanya untuk disedekahkan.

          Akhirnya, dia mulai menjual sayuran, hamba itupun mengikutnya, maka masuklah Sofyan Bin Uyainyah dan Fudhail Bin Iyyadh, mereka mendapati dia tidur dengan berbantalkan batu-batuan tanpa alas tidur.

          Berkata Sofyan kepadanya, “Sesungguhnya seseorang yang meninggalkan sesuatu hanya untuk Allah, maka Allah akan menggantikannya yang lebih baik darinya.”

“Sekarang apa yang Allah gantikan padamu terhadap apa yang engkau tinggalkan?”

Dia berkata,”KeredhaanNya yang aku berada di dalamnya.”

-      Sumber daripada: Buku Bimbingan Taubat, Mohd Abdul Wahab.

**********
          Allahurabi..sanggupkah kita menahan api neraka walhal api di dunia sedikitpun kita tak mampu menahan sakitnya.

Pembaca yang dirahmati Allah,

          Sedarkah kita? Kita banyak melakukan apa yang Allah tidak suka. Tetapi, Allah berterusan memberi kita oksigen untuk kita terus hidup, berterusan memberi kita makanan, bercakap dan sebagainya…..

Jadi….

“Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?”
(Surah Ar-Rahman :16)
Ayat ini, Allah sebut berulang kali dalam Surah Ar-Rahman.

          Wahai hamba yang hina, mengapa kita masih melakukan apa yang Allah larang? Ingatlah..Allah akan menggantikan sesuatu yang lebih baik, andai kita tinggalkan sesuatu kerana Allah. Mari berubah menjadi lebih baik dan mengejar redha dan cinta-Nya.

Wallahualam.

Sunday, October 14, 2012

Makan & Minum Syaitan

                                                                         

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum w.b.t,

          Alhamdulillah, kita masih diberi nyawa oleh Allah s.w.t untuk meneruskan perjuangan kita pada hari ini. Mari kita berzikir sebelum meneruskan pembacaan..

Subhanallah wa Alhamdulillah wa Lailahaillallah wa Allahuakbar (3x)

          Alhamdulillah..tenang cikit bukan? ^_^

Pembaca yang dirahmati Allah s.w.t,

          Imam Muslim meriwayatkan sebuah hadis di dalam sahihnya, “Abdullah bin Umar r.a. berkata, Rasulullah s.a.w bersabda:

“Apabila salah seorang antara kalian makan, hendaklah dia makan dengan tangan kanannya, dan apabila dia minum hendaknya dia minum dengan tangan kanannya. Kerana syaitan makan dan minum dengan tangan kirinya.”
( Hadis Riwayat Imam Bukhari (7/171-Fathul bari)

Subhanallah….cube cek..kita minum guna tangan mana yer?

*********
          Imam Muslim meriwayatkan sebuah hadis daripada Huzaifah bin Yaman r.a. dia berkata, “Setiap kali kami menghadapi makanan bersama Rasulullah s.a.w, kami tidak berani mendahului baginda untuk mengambil makanan sampai baginda s.a.w, memulai dan mengambil dengan tangannya.

          Pada suatu kali, kami menghadari jamuan makan bersama Rasulullah s.a.w. Kemudian, datang seorang budak perempuan kecil yang kelihatan sangat berselera ketika melihat hidangan tersebut. Oleh itu, dia pun bergegas menghulurkan tangannya untuk mengambil makanan tersebut. Namun, Rasulullah s.a.w segera memegang tangannya.

          Kemudian, datang lagi seorang Arab Badwi, dan kelihatan sangat berselera untuk memakan hidangan itu. Baginda memegang dan menahan tangannya lalu bersabda, “Sesungguhnya syaitan ikut makan makanan yang tidak disebutkan nama Allah. Dia datang bersama hamba sahaya ini untuk memakan makanan ini, maka aku pun memegang tangannya. Lalu dia juga datang bersama Arab Badwi ini untuk ikut makan makanan ini, maka aku pun memegang tangannya. Demi Allah yang jiwaku dalam genggaman-Nya, sesungguhnya tangan syaitan itu berada pada tanganku bersama tangan hamba sahaya ini.” (HR Muslim (13/190-Syarh Sahih Muslim). Pada riwayat lain Imam Muslim menambahkan, “Kemudian baginda menyebut nama Allah dan makan.”

**********
          Jadi, sebelum makan, seharusnya kita berdoa dulu. Jangan terlalu gopoh-gapah apabila ingin menikmati hidangan makanan.

                                                           

Jika hendak minum, gunakanlah tangan kanan, sesungguhnya syaitan suka pada bahagian kiri. Selamat beramal, jangan biar syaitan suka dengan amalan kita, kerana syaitan adalah musuh kita yang nyata. Biarlah kehidupan kita ada perubahan walaupun sedikit. Biar sedikit daripada tiada langsung. Wallahualam.


Tuesday, October 9, 2012

Faedah Berdoa Dengan Suara Lirih

                                                                       
Assalamualaikum w.b.t,

     Alhamdulillah dengan izin dan limpah-Nya, masih lagi kita bernyawa pada hari ini. Apa khabar imanmu? Baru-baru ini, semasa bersama sahabat , kami ada berbicara tentang doa. Persoalan kami, ada ke orang yang berdoa seolah-olah marah? Suaranya tinggi...emm..ada pula macam ni? Padahal kita ingin memohon bantuan kepada Allah s.w.t.

Pembaca yang dirahmati Allah sekalian,

          Dalam Islam, kita dianjurkan berdoa dengan suara lembut. Allah s.w.t berfirman dalam Surah Al-A’raf, ayat 55:

“Berdoalah kepada Tuhanmu dengan merendahkan diri dan suara yang lembut”.



          Berdoalah kepada Allah kerana jika kita tidak melakukannya, kita akan dianggap sombong. Allah s.w.t menyuruh hamba-Nya bersungguh-sungguh dalam berdoa dan dilakukan dengan suara lirih (tidak kuat).  Berdoa dengan suara lirih lebih menunjukkan kesopanan dan keikhlasan.

Diriwayatkan daripada Al-Hasan, kata beliau:

“Kaum muslimin dahulu sangat bersungguh-sungguh di dalam berdoa tepai suara mereka tidak kedengaran melainkan bisik-bisik antara mereka dengan Tuhan mereka. Ini kerana Allah berfirman: “Berdoalah kepada Tuhanmi dengan rendah diri dan suara yang lembut”.
(Tafsir Ibnu Katsir, 3/428)

Ibnu Taimiyah juga menyebutkan beberapa faedah berdoa dengan suara lembut:

1-    Menunjukkan kualiti iman yang lebih tinggi. Apa yang bersangkutan mengetahui bahawa Allah s.w.t. mendengar doa yang dipanjatkan dengan suara lembut.

2-   Menunjukkan sopan santun dan penghormatan. Kerana di hadapan para raja umumnya tidak ada suara yang kuat. Barangsiapa yang bersuara kuat di hadapan mereka, maka mereka akan murka kepadanya. Sementara Allah memiliki perumpamaan yang paling tinggi kualitinya. Apabila Allah s.w.t mendengar doa yang dipanjatkan dengan suara lirih, maka tidak ada yang sesuai dengan adab kesopanan di hadapan-Nya selain merendahkan suara.

3-   Terasa lebih tawaduk dan khusyuk.

4-   Terasa lebih tulus dan ikhlas.

5-   Dapat memberi tumpuan yang lebih dalam suasana merendahkan diri semasa berdoa. Ini kerana suara yang kuat akan memecahkannya.

6-   Menunjukkan Allah s.w.t. Tuhan Yang Maha Dekat dengan hamba-Nya. Oleh kerana itu Allah s.w.t. memuji hamba-Nya , Zakaria dengan firman-Nya yang bermaksud:

“(Iaitu) tatkala dia berdoa kepada Tuhannya dengan suara yang lembut”
(Surah Maryam : 3)

Dalam awal surah Maryam ini, Allah menceritakan kisah Nabi Zakaria yang tidak pernah berputus asa dan tidak pernah kecewa dalam berdoa meminta agar dikurniakan zuriat walaupun telah tua beruban, dan isterinya mandul. Beliau kental yakin dengan berdoa dan terus berdoa kepada Allah dengan suara yang lembut. Sehingga akhirnya Allah beri khabar gembira untuknya dengan kurniaan zuriat bernama Yahya.

7-   Lebih memungkinkan untuk terus-menerus memanjatkan permohonan. Ini kerana lidah tidak jemu dan organ tubuh lain tidak penat. Berbeza dengan ketika bersuara kuat yang menyebabkan lidah terasa jemu dan stamina tubuh menurun.

8-   Jauh dari gangguan yang boleh menghilangkan tumpuan.

Akhir kalam, berdoalah...kerana berdoa merupakan salah satu cara yang dapat ditempuh bagi seorang hamba untuk membuktikan keperluannya kepada Allah, dan sebagai bukti ketundukan dirinya kepada Rabbul ‘Alamin.

Muhasabah sebentar....


                                   
Wallahualam.

·      -   Sumber ada dipetik dari buku yang berjudul Adab Dalam Islam karya Fuad Abdul Aziz Asy-Syalhub.