Tautan Ukhwah

Monday, September 3, 2012

Salahkah menangis apabila mendapat musibah?

                                                                           

 “ Dan sesungguhnya Dialah yang menjadikan sesorang ketawa dan menangis.”
( Surah An-Najm : 43 )

            Allah s.w.t telah mencipta manusia sebagai makhluk yang sangat sempurna berbanding  daripada makhluk-makhluk-Nya yang lain. Namun, di sebalik kesempurnaan tersebut, Allah juga telah menciptakan kelemahan buat makhluk bernama manusia. Kelemahan tersebut ada pada hati manusia yang tidak pula dikurniakan kepada lain-lain makhluk Allah s.w.t.

            Lumrah bagi setiap manusia yang apabila ditimpanya musibah, lalu dia berasa sedih.  Air mata yang selama ini beku serta merta menjadi cair lalu menjadi cair dan bergenangan.

                                                                 

Salahkah menangis apabila mendapat musibah?

Lumrah dan sunnatullah bagi setiap manusia apabila mendapat musibah yang tanpa diduga, akan mengalirkan air mata. Semua yang berlaku adalah ketentuan Allah.

Jadi, wajarlah kita bersedih kerana manusia tidak sempurna dan setiap daripada kita mempunyai kelemahan. Namun, menangis bukanlah menunjukkan sama ada kita lemah atau tidak.

Menangis menunjukkan permulaan untuk seseorang itu menjadi kuat menghadapi kesedihannya dan membuatkan seseorang sedar tentang kesilapannya pada masa lalu.

Bersedih memang fitrah manusia sejak dilahirkan

Harus diingati, jika bersedih mestilah berpada-pada dan ingatlah bahawa semuanya datang daripada Allah…

Siapa yang bertanggungjawab ke atas setiap makhluk di bumi ini???

Sudah pasti Allah s.w.t, kerana Dialah yang menjadikan seseorang manusia itu berasa sedih, gembira, dan sebagainya.

Boleh menangis…tetapi,
Ambillah langkah bersederhana kerana jika berlebihan akan memudaratkan diri.

            Oleh yang demikian, hapuskanlah air mata  dan ayuh menjadi seseorang yang kuat menghadapi kesedihan. Ingatlah…Allah sangat sayang kepada orang Islam yang kuat dalam menempuh onak duri kehidupan dan orang-orang mukmin yang beriman paling dikasihi Allah.  Allah s.w.t tidak akan berlaku zalim kepada manusia dan  Dia tidak akan menurunkan musibah yang tidak padan dengan kemampuan hamba-Nya.

Wallahualam.

6 comments:

  1. Menangislah seandainya menangis itu mampu menggembirakan...

    ReplyDelete
  2. @abuikhwan
    betol tue..dari pendam dan akhirnya hanyut dalam bisikan syaitan.

    ReplyDelete
  3. Menangis adalah satu perkara yang sinonim dgn manusia... :)

    Air mata itu juga kadang2 mampu menjadi pemadam kepada api neraka.. jadi tidak salah menangis, cuma perlu dihat juga, atas sebab apa dia menangis.. ^_^ wallahu'alam..

    ~permata yang dicari~

    ReplyDelete
  4. Allah beri musibah kpd sesiapa yg dikehendaki.adakala kita merasa musibah itu amat paht buat kita,tetapi tidak pada org lain..
    saat musibah datang menrpa,itu tanda Allah ingin dirimu semakin rapat kepadaNYA..Allah ingin dengar rintihan hatiMU..Allah ingin meliht dirimu hanya meminta padaNYA..
    #moga enti kuat dan tabah hadapi setiap dugaan..:)

    ReplyDelete