Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualamualaikum
w.b.t,
Astaghfirullahal’azim (7x)
Alhamdulillah,
segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Selawat serta salam kepada junjungan
Nabi Muhammad s.a.w yang paling mulia dan semua keluarga serta para sahabatnya
sekalian.
Pembaca yang dirahmati Allah,
Dalam hubungan
kemasyarakatan tidak akan pernah terlepas dari tindakan melanggar hak orang
lain sama ada dalam bentuk ucapan atau perbuatan. Oleh itu, orang merasakan
dirinya dizalimi dianjurkan untuk menahan amarahnya dan memaafkan pelakunya.
Allah s.w.t berfirman dalam Surah Asy-Syura, Ayat 37:
Maksudnya :
“Dan orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar dan
perbuatan keji dan apabila mereka marah, mereka memaafkan.”
Allah s.w.t juga berfirman tentang sifat-sifat orang
yang bertaqwa :
Maksudnya :
“ Dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan
orang lain. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan.”
( Surah Ali ‘Imran : 134)
Setiap manusia mempunyai kelemahan dan kekhilafan
dirinya sendiri. Pada mulanya, hati akan terasa begitu pedih bak dihiris
sembilu apabila dizalimi, dianiaya dan diguriskan hati kita. Namun, sedarkah
kita bahawa dia dan kita mempunyai kelemahan dan kesilapan yang kadang kala
kita terlupa dan tanpa sengaja melukai hati orang lain.
Dalam realiti
kini, manusia lebih suka bercakap dan mengingati tentang keburukan, kelemahan
dan kekhilafan orang lain. Padahal, mungkin kebaikan seseorang itu lebih banyak
yang dia telah lakukan untuk kita. Namun, hanya beberapa kali hati kita
disakiti, lantas kita melupakan semua jasa baiknya terhadap kita?
Allahuakbar….
Kita
juga hamba Allah..dia juga hamba Allah. Sedarkah dikau mungkin Allah sengaja
menghantar dia untuk menguji sejauh mana iman di dada kita. Apalah gunanya
kiranya kita berdendam dengan orang lain malah sanggup gadaikan iman kita hanya
kerana hati kita disakiti sedikit? Padahal Nabi Muhammad s.a.w. disakiti lebih
teruk daripada kita, namun adakah Nabi Muhammad s.a.w. berdendam dengan orang
menyakiti baginda? Tidak…malah Baginda memaafkan mereka.
Pembaca yang budiman,
Memaafkan
orang lain bererti memaafkan orang yang berlaku buruk kepada anda baik dengan
ucapan mahupun perbuatan.
Memaafkan
lebih dalam nilainya daripada menahan amarah. Oleh kerana memaafkan bererti
tidak melakukan pembalasan terhadap orang yang berlaku buruk.
Semua
ini, hanya boleh terjadi pada orang yang menghiasi diri dengan akhlak yang
indah dan melepaskan dirinya dari akhlak yang hina.
Tahukah
kalian? Orang yang memaafkan hamba-hamba Allah s.w.t adalah orang yang
berdagang dengan Allah s.w.t kerana dorongan rasa sayang kepada mereka, ingin
berbuat baik kepada mereka, tidak menyukai sesuatu yang buruk menimpa mereka,
serta berharap mendapat keampunan Allah dan menyerahkan tanggungjawab pahala
kepada Allah Yang Maha Pemurah, bukan kepada hamba yang fakir.
Tahu tak..
Orang
yang berjiwa besar ialah orang yang mampu memaafkan kesalahan orang lain
walaupun betapa sakit hati ketika
kesalahan itu dilakukan ke atas dirinya kerana menyedari bahawa kemaafan meraih
kasih sayang Allah s.w.t, tidaklah antara namaNya ‘Al-Afuwwu” Maha Pemaaf, maka
ketika kita memaafkan kesalahan orang lain kita sedang berusaha merapatkan diri
dengan Maha Pemaaf.
Sebenarnya,
memang bukan mudah untuk memaafkan kesalahan orang lain tetapi kita cuba
belajar untuk memaafkan orang lain untuk memberi ruang yang lebih luas dalam
hidup kita untuk memperbaiki diri. Ayuh, cuba memaafkan orang lain sekaligus
memperindahkan akhlak kita dan merapatkan diri dengan Allah s.w.t. Mudah-mudahan
Allah juga memaafkan segala kesalahan yang pernah kita lakukan. Insyaallah.
Wallahualam.
memaafkan bisa buat hati kita lapang...(n_n)
ReplyDeleteorg yg mudah memaafkan sebenarnya berjiwa besar...tp susah juga nak memaafkan lebih2 lagi tatkala jiwa kacau iman menjunam...
ReplyDelete@LeiyaUmairah
ReplyDeletena'am..sokong sgt2..
@abuikhwan
ReplyDeletena'am..bila jiwa kacau..dalm msa yg sama..iman juga menjunam..
mmg bukan senang untuk memaafkan org lain..
moga Allah mudhkan segala urusan kita & yang paling pnting..moga Allah redha setiap perbuatan kita.
Kami kawan-kawan, tak mau lawan-lawan…
ReplyDeleteSemoga kita saling bermaaf-maafan di setiap masa...
@Koding
ReplyDeleteSubhanallah..cntik pntunnya..hehe...
moga indah juga tafsirannya utk diamalkan..
Ammarah itu api. Membakar jiwa pemarah dan yang dimarahi. Kemaafan itu pla umpama air sejuk yang akan memadam api dan menyejukkan hati..
ReplyDeleteMudah mohon maaf dan memaafkan sifat si da'ie.
Moga kita tergolong dalam golongan yang mudah memohon maaf dan memaafkan.
syukran atas artikel bermanfaat ini. Senyum ! :)
memberi kemaafan itu indah!=)
ReplyDeletebjiwa besar..memafkan org lain..Allah :)
ReplyDeleteterima kasih atas peringatan :)