Tautan Ukhwah

Friday, August 12, 2011

PuaSa YaNG iKHLaS, BeNCaNa TeRHaDaP iBLiS



Assalamualaikum,
          Alhmdulillah dengan limpah rahmatNya, dapat juga saya meluangkan masa pada kali ini uttuk berkongsi sedikit ilmu dengan anda sekalian. Pada hari ini dah masuk hari yang ke 12 kita berpuasa dalam bulan Ramadhan. Namun, cuba tanya dalam hati kita adakah kita puasa dengan ikhlas atau kerana lain? Adakah puasa disebabkan semua orang berpuasa? Adakah puasa disebabkan takut ada orang pandang hina terhadap kita? Atau adakah kita terpaksa berpuasa kerana tidak ada orang makan di restoran pada siang hari?

          Jadi, renunglah sedalam-dalamnya dalam hatimu..Adakah betul puasamu ikhlas? Sementara itu..marilah kita menghalusi sebuah kisah mengenai perasaan iblis apabila kita berpuasa dengan ikhlas.

**********
Nabi bertanya kepada iblis : “ Hai Iblis! Jika umatku puasa kerana Allah , bagaimanakah perasaan engkau?”

          Maka sembah Iblis : “ Ya Nabi Allah, inilah suatu bencana yang amat besar bahayanya kepada hamba kerana apabila masuk malam awal Ramadhan , maka memancarlah cahaya Arasy dan Kursi dan segala malaikat menyambut dengan kesukaan.

          Bagi orang-orang yang berpuasa mendapat sebesar-besar kurnia Allah Taala yang mengampuni segala dosa yang telah lalu dan digantikan dengan pahala, yang amat besar dan tiada ditulis segala kesalahannya selama ia berpuasa. Tambahan lagi yang menghancurkan hati hamba ialah segala isi langit, bulan dan bintang dan Malaikat hinggakan burung-burung dan ikan-ikan yang di dalam laut dan ikan tawar demikian jua tiap-tiap yang bernyawa di atas muka bumi semuanya mendoakan siang dan malam memintakan ampun bagi orang yang berpuasa.

          Satu lagi setinggi-tinggi kemuliaan bagi orang yang berpuasa iaitu dimerdekakan oleh Tuhan tiap-tiap hari dalam bulan Ramadhan seribu kemerdekaan dari azab neraka, demikian pula telah ditutup segala pintu neraka dan dibukakan segala pintu syurga yang lapan dan menghembus angin yang di bawah Arasy yang bernama angin syirah yang amat lembut melalui ke dalam syurga.

          Maka pada hari dimulai umat tuan hamba berpuasa itu datanglah segala Malaikat dengan garangnya menangkap hamba dengan perintah Tuhan serta ditangkapnya segala tentera hamba jin syaitan ifrit dipasung kaki dan tangannya dengan besi panas dan dirantai hamba sekalian dimasukkan ke bawah bumi yang amat dalam dengan beberapa azab sengsara. Kemudian hamba menunggu hingga selesai umat tuan hamba daripada berpuasa itu barulah hamba dilepaskan supaya jangan hamba mengacau mereka itu. Umat tuan hamba sendiri telah merasa kesenangan puasa sebagaimana mereka bekerja untuk makan sahur wakktu tengah malam seorang diri sekalipun tiada sedikit merasai takut seperti malam-malam yang lain”.

**********

          Subhanallah, hebatnya orang yang berpuasa ikhlas kerana Allah. Lihatlah bagaimana bencananya iblis pada ketika ini. Jadi, muhasabahlah diri kita. Bagaimana dengan puasa kita tika saat ini. Sebenarnya,satu kata yang sangat mudah diucapkan tetapi sangat sulit dilakukan ialah IKHLAS. Marilah kita sama-sama memupuk sifat ikhlas ini dalam diri kita.

Wallahualam.

                                                                                           

2 comments:

  1. Assalamualaikum wbt..

    Alhamdulillah, hari ini ada makanan rohani untuk hati ini.. ^^

    Jazakillah nabilah kerana bagi satu perkongsian yang membetulkan niat kita untuk menjadi hamba yang ikhlas dalam berpuasa... =)

    Teruskan menulis.. mengisi ruangan hati2 insani yang dahagakan minuman2 iman.. ^^

    ~permata yang dicari~

    ReplyDelete
  2. Waalaikumusalam...
    moga kita semua ikhlas dalam mengerjakan ibadah kpdNYa..
    jazakillah ftin sudi menziarah blog nie..

    ReplyDelete