Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum w.b.t,
Alhamdulillah,
segala puji bagi Tuhan semesta alam. Selawat serta salam dilimpahkan kepada
junjungan Nabi Muhammad s.a.w, keluarga, sahabat dan seluruh orang yang
memperjuangkan syariatnya sampai hari kiamat. Amin ya ilahal’alamin.
Sebelum meneruskan pembacaan..marilah kita sama-sama
beristighfar terlebih dahulu..dan doakan juga untuk sahabat kita di Gaza.
Astaghfirullahal’azim (7x)
*********
Perbualanku dengan adikku Amirul,
Amirul: “Kakak, macam mana la law kita berada di Gaza,
kan? Tak tahu nasib kita..Mati akan mai bila-bila ja kan?”
Diriku: “ye..tapi..kat kita kat sini pun..jika Allah
tarik nyawa kita, mati juga”.
Amirul : “Macam mana law mati sekarang..amalan tak
banyak lagi..hati tak bersih lagi..macam-macam ada..”.
Diriku: “ Allahurabbi..itu la dik..kita kena jaga hati
kita..perbaiki diri, banyakkan amalan..moga-moga Allah terima amalan kita”.
*********
Selepas
perbualan itu, ku mengenangkan hati ini. Allah..takut-takut masih banyak
kekotoran. Ku terimbau kembali perbualanku dengan seorang adik juniorku..
********
Adik junior: Akak..nak tanya..hati akak milik siapa?
Diriku: : “Milik Allah…”.
Adik junior : “Em…akak..law hati ini milik
Allah..nanti Allah nak balik tak?”
Diriku : “Adikku sayang..hati ini akan dikembalikan
kepada tuan asalnya..kerana kita hanya meminjam. Cuba adik bayangkan..sekarang
nie pun, jika kita pinjam barang orang, mesti nak pulangkan dengan keadaan yang
baik, kan?”
Adik junior: “ A’ah..mesti la akak. Em..akak..jika
hati kita dah rosak..dan kita cuba pulihkan..tapi ia rosak kembali..cam mana
akak? Susah la nak jaga hati…kejap ok..kejap tak”.
Diriku: “Sekurang-kurangnya kita usaha dik. Malu tak
jika sekarang, tiba-tiba hati kita perlu dihantar kembali kepada tuannya,
Allah? Banyak yang tak baik tentang hati kita. Selama nie..kita tak sedar..kita
pinjam je daripada Allah.”
Adik junior: “Allah..yer la akak. Malunya…macam tak
sanggup nak bagi balik sekarang. Akak..mesti sekarang..Allah tahu segalanya
tentang hati kita kan?”
Diriku: “Mesti la dik..Allah itu kan Maha Mengetahui.”
Adik junior:” Allah..malunya..kalau la orang lain
dapat tengok hati adik sekarang..emm..hinanya diri ini”.
Diriku: “ Adik..tahu tak..Nabi Muhammad s.a.w selalu
berdoa:
“Ya Allah yang mengarahkan hati, arahkanlah hati-hati
kami untuk taat kepada-MU”
(HR. Muslim)
Adik junior: “Akak..adik takut mati la..”.
Diriku: “Kematian hati
adalah satu perkara yang menakutkan bagi insan yang bergerak mencari keredhaan
Allah s.w.t dalam kehidupannya.”
Akhirnya..kami berpelukan. Sama-sama cuba muhasabah.
*********
Sedarlah..hati
ini pemilik Allah. Nanti akan dipulangkan kepada tuannya. Jagalah dengan baik.
Allah itu Maha Mengetahui atas sesuatu. Malulah kepada Allah apa yang berlaku
kepada hati kita. Allahurabbi..
Ya Allah, Tuhan Pemilik hati kami,
Tetapkanlah hati kami agar sentiasa taat kepada-Mu,
Menjauhi larangan-Mu,
Sesungguhnya Engkau Maha Melihat & Maha Mengetahui.
Wallahualam.
Assalamualaikum wbt...
ReplyDeleteSubhanallah, satu perbualan yang sangat2 terisi...
Moga adik Nabilah, Amirul, menjadi musleh mcm kakaknya yang muslihaha... :)
terusakan bertinta, moga ada pahala yang diraih.. ^^
~permata yang dicari~
Waalaikumuslm..
DeleteInsyaallah..doakan yer?
Jzkk sudi ziarah di sni..
:')
ReplyDelete