Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum
w.b.t buat semua pembaca,
Setelah sekian lama, diri ini menyepi
di dalam blog usang ini, akhirnya kini menjelma semula. Ada sesuatu yang telah memacu
hati ini untuk bertinta. Apakah ia?
Sebentar tadi, diri ini membaca buku
Akidah Islamiah karangan Syeikh Sayyid Sabiq. Ada satu ayat yang ku rasakan
sangat terkesan:
“Pengalaman
manusia dalam kehidupan dunia ini sebenarnya telah membimbingnya untuk mencapai
penemuan kepada Allah secara sedar bukan kerana paksaan” (Syeikh
Sayyid Sabiq, buku Akidah Islamiah, halaman 78)
PENGALAMAN…
Ya,
pengalaman mematangkan kita. Pengalaman telah mengajar kita untuk berlari
mendekatiNya. Pengalaman membuat kita semakin merintih padaNya dan berdoa bersungguh-sungguh
padaNya.
Bila sebut
pengalaman yang telah membuat kita semakin mendekatiNya…ku teringat pengalaman
DOAku untuk berjumpa dengan jodohku. Ku telah nukilkan kisah Doa ini dalam
entri yang sebelum ini.
DOA….
Doa itu
senjata orang mukmin,
Doa itu
mendekatkan kita dengan Rabb,
Doa itu
menyedarkan kita saat teralpa,
Doa itu
menguatkan cinta kita pada kekasih Ilahi.
Alhamdulillah,
kini suamiku pula yang banyak mengingatkan diri ini tentang Doa. Bukanlah cerita
ini untuk menunjuk siapa suamiku, namun ambillah ibrah dan sama-samalah kita
perbaiki diri.
Tatkala ku
tergesa-gesa ingin memasuki tandas, suamiku menarik tanganku lalu
mengingatkanku untuk berdoa dahulu. Allah….alpanya aku.
Tatkala
mataku hampir terpejam, suamiku mengajak untuk berdoa sebelum tidur.
Tatkala masuk
dalam kereta, suamiku mengajakku menadah tangan untuk berdoa bersama-sama.
Tatkala ku
rungsing, suamiku mengingatkanku tentang kuasa Doa.
Tatkala ku
sakit, suamiku membaca doa untukku. Lantaran itu, ku belajar untuk sentiasa
membaca doa ketika sakit bukan sekadar mengeluh.
Alhamdulillah, syukur ya Allah atas
kurniaaMu seorang insan yang selalu mengingatkanku tentangMu. Jika dahulu
pengalamanku belajar DOA bersungguh-sungguh untuk jodoh itu. Sekarang, jodoh
ini mengajarku untuk sentiasa berDOA mengingatimu selalu. Benarlah…pengalaman
itu sebenarnya membawa kita kepada Allah s.w.t. Akhir kalam, jom ubah cara
hidup kita untuk semakin rapat dengan Allah s.w.t, InsyaAllah, moga-moga hidup
kita makin berseri dengan cintaNya. Aamiin.
Wallahualam.
8.42 pm,
UKM, Bangi.