Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum
w.b.t buat pembaca yang sedang mencari sesuatu,
Saat ini,
jari jemariku berlari-berlari di atas keyboard seolah-olah bahagia,
Namun hakikatnya,
disebabkan fikiranku tidak dapat menumpu sepenuhnya pada tesis.
Terfikir sejenak,
laju pula jari jemari ini menari saat ingin menukilkan sesuatu untuk blog,
walhal andai tadi, sudah dikerah otak ini, namun masih jari ini bersifat kaku,
malah seolah beku jari ini.
Sejujurnya,
aku sendiri tidak pasti apa yang perlu dituliskan. Tetapi masih ada jauh dari
sudut sanubari ini ingin berkongsi sesuatu. Maklum la, Nabilah ini kalau
dikenal memang suka bercerita. Terima kasih sudi menjadi pendengar yang setia
ya.
Pembaca yang
masih setia menanti,
Mungkin penulisanku
kali ini lebih kepada perkongsian seorang pelajar master. Bohong lah kalau
ditanya, susah ke tidak ambil master ini, dijawab ‘senang’. Buatmu pelajar
master…..
Pernah tak
kita terfikir…”kalau aku tahu master susah macam ni, aku taubat tak ambik”
*taubat dalam fahaman orang kedah bermaksud (memang tidak akan buat).
Berapa banyak
titisan air matamu saat kamu menyiapkan proposal?
Berapa banyak
waktu tidurmu terkorban?
Berapa banyak
masamu di perpustakaan?
Berapa banyak
wangmu habis dengan print macam-macam?
Berapa banyak
masamu dihabiskan dengan menghadap laptop?
Berapa banyak
kali kamu sakit kerana terlalu pening?
Duhai pelajar
master,
Aku sendiri
sedang menghadapinya.
Ya,
kadangkala susah nak explain pada orang lain situasi kita.
Kadang ada
yang tanya..”tak siap-siap lagi?’”
Allah..istighfar
panjang kita.
Duhai pelajar
master,
Ayuh,
kita perbaharui dan tentukan niat kita.
Setiap kali
ilmu digali, terasa kerdilnya kita padaNya.
Bukankah dengan
ini, buat kita semakin mengingatiNya?
Bukankah dengan
ini buat kita terasa berharganya sebuah masa?
Bukankah dengan
ini buat kita terasa erti sebuah pengorbanan.
Duhai pelajar
master,
Bukan gelaran
atau sijil yang menjadi tujuan utama,
Kerana itu
kajian tesis kita itu adalah untuk menyumbang sesuatu pada ummah.
Kerana itu
kajian tesis kita perlu dihalusi dan hadirkan seikhlas mungkin.
Duhai pelajar
master,
Aku memahami
andai kau kata sering semangatnya hilang,
Aku mengerti
andai kau kata perbezaan pensyarah kita buat cara kita berbeza,
Namun,
haruskah kita sering bermonolog sahaja di dalam diri?
Haruskah kita
membiarkan semangat itu berlari terus jauh dari kita?
Akhirnya kita
aka terkapai-kapai mencari semangat itu sehingga bayangnya itu sudah langsung
ditenggelam masa.
Duhai pelajar
master,
Aku juga
sedang mujahadah menyiapkan tesis ini,
Aku juga
sering sakit kepala apabila mengerahkan otak untuk berfikir,
Aku juga
sering sakit setiap kali kesihatanku kadangkala terabai,
Aku juga
sering mengorbankan tidurku sepertimu,
Aku juga
sering berjimat memikirkan kita masih seorang pelajar.
Aku tidak
dapat membantu dari segi kewangan, tesismu kerana lain bidang kita.
Cuma…aku
hanya ada…
Segenggam
semangat yang berkobar-kobar untuk kita berjaya bersama.
Kata-kata
semangat andai kau rasa sudah hilang punca dalam tesismu.
Pendengar
masalahmu walau hakikatnya aku sendiri tidak benar menghadam masalahmu.
Duhai pelajar
master,
Aku doakan
agar kita berjaya,
Jangan lupa,
dalam keasyikan kita menyiapkan tesis,
Siapkan juga
bekalan akhirat yang kekal abadi.
Moga Allah
permudahkan urusan kita. Aamiin.
Salam tiupan
semangat dari seorang pelajar kepada seorang pelajar.
Siti Nabilah Binti Azman
22/Nov/2017, 3.46pm
PTSL UKM, Bangi.
No comments:
Post a Comment