Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum
w.b.t,
Alhamdulillah, syukur padaNya saat ini
kita terasa ingin melakukan sesuatu yang mendekatkan diri kita kepadaNya. Saya yakin,
kalian yang sedang membaca blog ini juga sedang mengharapkan sesuatu yang boleh
mengingatiNya. Moga Allah redha dengan usaha kita ini.
Saya ingin berkongsi sedikit hasil
pembacaan saya tadi tentang Hati Yang Sakit dari buku yang berjudul PENYAKIT
ROHANI & RAWATANNYA, Ibnu Qayyim Al-Jayziyyah.
Jujur saya katakan, saya begitu
tersentuh dengan tajuk ini. Sebelum ini, saya pernah berkongsi tentang hati
yang sakit dan mati. Cuma, berkenaan hati yang sakit ini amatlah perlu
dititikberatkan. Suka saya cakapkan bahawa perkongsian saya sebenarnya lebih
kepada peringatan untuk diri sendiri. Namun, moga-moga dengan perkongsian ini
kita sama-sama dapat memperbaiki diri.
Hati yang sakit ini adalah hati yang
mempunyai dua aspek dalam kehidupannya. Pertama, di dalam hati tersebut
terdapat cinta kepada Allah, melakukan kebaikan dan semuanya kerana Allah. Kedua,
di dalam hati tersebut dalam masa yang sama terdapat cinta kepada syahawat,
sombong, iri hati dan lain-lain lagi. Pendek kata, Allah berada di belakang
baginya.
Ini bermakna, hati yang sakit ini
selalu diuji dengan dua tarikan. Tarikan kepada Allah dan tarikan kepada dunia
semata-mata. Orang ini akan mengikut tarikan yang mana lebih dekat dengan
pintunya.
Hakikatnya, hati yang sakit ini
terkadang lebih dekat kepada hati yang sihat dan kadangkala lebih dekat kepada
hati yang mati. Apa yang merisaukan kita adalah hati yang sakit ini jika
penyakitnya sangat berpengaruh dalam hatinya, maka ia akan menjadi hati yang
keras dan mati. Sebaliknya, jika dia berpengaruh sihat, maka akan sama dengan
hati yang sihat.
Hati yang sakit dan mati tidak
henti-hentii ragu-ragu kerana pengaruh syaitan manakala hati yang sihat, apa
sahaja yang dihembuskan syaitan, maka tidak membahayakan dirinya.
Astaghfirullah…astaghfirullah…astaghfirullah.
Mata
terpejam, hati rasa ingin menagis tatkala ini. Muhasabah sebentar, apa kondisi
hati ini sekarang?
Sakitkah
ia?
Jika
benar sakit, harus diRAWAT segera agar tidak melarat dan mati.
Jom
terus melangkah ke arahNya dan sentiasa yakin dengan janji Allah. Kembali bertaubat
itu bukan satu kemunduran, tetapi satu kemajuan.
Wallahualam.