Demimu
Sahabat,
Aku
berpura senyum tatkala aku terasa denganmu,
Ingin
sekali aku menjadi sahabat yang berlapang dada,
Ingin
sekali aku buktikan aku terimamu seadanya.
Demimu
sahabat,
Tatkala
kau terasa denganku,
Aku
rasa amat sedih kerana menyakitimu,
Mungkin
aku tak mampu meminta maaf di hadapanmu,
Kadangkala
hanya sepotong ayat ku kirimkan tanda pinta maafku.
Demimu
sahabat,
Saat
aku terasa denganmu,
Aku
menangis teresak-esak,
Kerana
aku khuwatir imanku yang tengah lemah.
Demimu
sahabat,
Mungkin
kadangkala kau rasa aku tidak mempedulikanmu,
Kau
silap…
Dalam
doa ku selitku namamu,
Mengharapkan
kau baik-baik saja dalam perlindunganNya.
Demimu
sahabat,
Saat
kau diuji sakit,
Aku
bukanlah jururawat yang terbaik untukmu,
Aku
bingung memikirkan cara untuk membantumu,
Harapanku,
moga kau cepat sembuh.
Demimu
sahabat,
Walau
aku tak mampu ukirkan senyumanmu,
Sekeras
tenagaku ku cuba usahakannya,
Walau
di belakang tabir kehidupanmu.
Demimu
sahabat,
Jika
aibmu dipamerkan dihadapanku,
Cuba
ku pejamkan mata,
Istighfar
memulakan peranan,
Lantas
husnuzan itu hadir.
Sahabat…,
Kau
dan aku masing-masing ada kelemahan,
Namun,
yakinlah kita saling mujahadah.
Demimu
sahabat,
Aku
rela berjauhan denganmu,
Hanya
kerana ingin kau bahagia,
Tanpa
disakiti olehku.
Demimu
sahabat,
Aku
cuba memperbaiki diri,
Maafkanlah
salah silapku dahulu,
Kerana
aku hanya Manusia.
Siti
Nabilah Azman,
11.50
am, Mu’tah, Jordan.
btul2.. :)
ReplyDeletejzkk sudi singgah. ni ida mana eik?
DeleteThis comment has been removed by the author.
Delete