Bismillah…
Ingin
ku kongsikan tentang dua orang sahabat yang istimewa buatku….
********
Pertemuanku dengannya bermula pada zaman diploma. Dijodohkan
pula sama bidang pengajian. Lebih teruja lagi, kami ditempatkan sama dorm
ketika semester awal. Inilah titik pertemuanku dengannya.
Hari demi hari, kami semakin akrab walau saat-saat
akhir semester tidak tinggal di rumah sewa yang sama. Ku sangkakan kami akan
berpisah selepas tamat zaman diploma.
Namun, Allah itu amat Maha Penyayang, kami
diterbangkan ke Jordan bagi menyambung degree. Subhanallah, amat sebak kerana
merasakan ada sahabat lama di samping diri ini.
Nak tahu jodoh kami lagi? Di Jordan, kami ditempatkan
satu rumah, malah satu bilik. Hubungan kami semakin akrab. Kekurangan kami
sama-sama cuba melengkapi dengan kelebihan masing-masing. Jadual kelas juga
sama. Jadi, pergi mana, mesti kami pergi berdua. Dialah Salimah Binti Shiro.
********
Seorang lagi ini merupakan sahabat
yang ku temui di BTN, kursus sebelum ke Jordan. Sebulan kami bersama.
Ditakdirkan dalam satu kumpulan dan di sinilah detik-detik perkenalan indah
kami.
Kemudian, semakin rapat apabila ku
terpaksa menumpang kereta keluarganya untuk pulang dari BTN dan sempat singgah
di rumahnya. Berada di rumahnya seperti berada di rumah sendiri. Subhanallah.
Merasakan banyak persamaan dan mudah
untuk diajak berbicara. Dan akhirnya, semakin rapat apabila banyak subjek sama
dan menghabiskan masa bersama di Jordan. Dialah Aizul Azhani Binti Abdul Wahab.
********
Baru-baru
ni merupakan hari ulangtahun kelahiran mereka.
Nah..ini
untuk kalian.
Sahabat…
Setiap
malam ingin ku ambil bintang-bintang dan akan ku berikan pada kalian agar
kalian tahu betapa bersinarnya kalian dalam hidupku.
Sahabat…
Aku
mengenal kalian melalui satu nama, memahamimu melalui satu renungan,
mengingatimu melalui satu kenangan dan menyayangi kalian melalui satu ukhwah
fisabilillah. Semoga Allah mengukuhkannya, hanya dengan keranaNyalah yang mampu
buat kita bertahan.
Sahabat…
Andai
dirasakan permata nilam itu indah, indah lagi ukhwah yang terjalin antara kita.
Sahabat…
Diri
ini amat banyak kekurangan, maka ku pinta, lengkapilah kekuranganku dengan
kelebihanmu.
Sahabat…
Andai
terjumpa kekuranganku, maka ku pinta berlapang dadalah dan teruslah
menasihatiku dan mendoakanku.
Sahabat…
Aku
mungkin tidak memiliki apa-apa untuk dihadiahkan padamu bagi menghargaimu,
hanya sepotong doa agar kehidupanmu sentiasa dikunci dengan kebahagiaan dan
kasih sayang Allah selalu.
Salam
kasih dariku yang menyayangi kalian.
4.20pm,
Mutah, Jordan.