Pic 1 yang dapat drpd Atiqah,jzkk dik.
“Sanah
Helwah!”
“Sanah
helwah ukhti, semoga dipnjgkn umo..dimudahkan rezeki serta sentiasa dlm jagaan
Allah..”
Antara ucapan-ucapan yang ku dapat pada hari ini.
Bertubi-tubi msg wasap, wechat & fb yang ku terima. Satu ukiran senyuman
terbina di bibirku. Namun, jauh di sudut hatiku…….
Hatiku sayu, pilu….umurku sudah menjejaki 22 tahun?
Cepatnya masa berlalu…mm..maka cepat juga dengan kematianku. Allah…Setiap detik
ini, umurku semakin bertambah.
Saat ku memerhati mejaku, jauh mataku melontarkan
pandangan pada diariku 2014. Di sebelahnya, diari 2013 yang masih mampu menarik
perhatian pandanganku. Dulu, awal 2013, diari pink itu hanyalah kertas kosong.
Namun kini, ku telah menulisnya setiap hari di setiap helaian yang dahulunya
kosong. Monologku sambil mataku masih belum beralih pada diari 2013:
“ Nabilah…jika selama
ini kau telah menulis pelbagai kisah dalam hidupmu, maka sekarang adalah saat
yang tepat untuk mengisahkan masa-masa yang indah kau bersamaNya.”
Setiap hari dari usia kita adalah lembaran baru yang
mampu menutup kegagalan kelmarin dan menyambut kemenangan hari ini. Ye…sebelum
ini, ku kira ku masih gagal dalam istiqamahkan sesuatu, malah ada ketikanya,
aku tersungkur di lembah mujahadah. Namun, ku tidak akan mengalah untuk menutup
kegagalan itu.
Hatiku berkata-kata…
“Setiap detik dari
umurmu adalah sumber kebahagiaan yang baru. Oleh itu, kita mampu menghilangkan
kesedihan dengan segera..”
Hatiku hiba…mengenangkan detik-detik lalu. Setiap
detik yang berlalu adalah penyesalan, kecuali memanfaatkannya dengan sebaik
mungkin. Terkesan dengan ayat ini:
“Meskipun sejarah hidupmu
ada dicalari dengan keburukan-keburukan dan umurmu ada satu minggu lagi, satu
minggu itu lebih dari cukup untuk bertaubat, dan memperbaiki segala kekusutan
yang terjadi”
Pic 2 drpd Salimah, jzkk shbtku.
Teman,
Aku
bukanlah insan yang sempurna,
Penuh
dengan kekurangan-kekurangan yang kau tidak sangka,
Aku
bukanlah sehebat yang kau sangkakan,
Ada
masanya, kau ternampak aibku,
Maka,
ku harap kau berlapang dada,
Terus
bersabar dan menasihatiku,
Teman,
Terimalah
daku dengan berbagai kekurangan,
Kerana
engkaulah yang melengkapi kekuranganku,
Tetaplah
bersamaku.
Pic 3 drpd Hani, jzkk shbtku.
*jzkk
buat semua shbt2 yg sudi terima segala kekurangan nabilah..teruslah menasihati
sahabtmu ini…peganglah dan pimpinlah tanganku untuk bersamamu memasuki
SyurgaNya. Maafkanlah segala kesalahanku padamu.
********
Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..hari
lahirku ini disambut dengan:
1) Hari pertama pengajian sem
baru..^_^ tajdid niat!
2) Titisan hujan yang
seolah-olah ingin memberitahuku bahawa inilah kuasa Allah…Basahilah dirimu
dengan semua tentangNya.
3) Lampu bilik rosak?
Hmmm…mula-mula sedih..tapi..ada sesuatu yang buat ku tersenyum. Kegelapan?
Ayuh..mulakan umurmu dengan kecerahan dengan cinta Allah.
4) Berjalan-jalan sekitar
universiti dan sekitar Mutah, Jordan bersama teman seperjuangan, Salimah Shiro.
Jazakillah sahabatku..moga Allah merahmatimu & moga ukhwah kita berkekalan.
********
Buat semua, terima kasih ku ucapkan
atas ucapannya, nasihatnya, dan doanya buat diri ini. Hanya Allah sahaja yang
membalas kebaikan kalian. Teruskan mendoakan Nabilah ye? ^_^
Wallahualam.