Assalamualaikum
w.b.t,
Alhamdulillah segala puji bagi Allah,
Tuhan semesta alam, kita masih diberi nikmat iman dan Islam. Selawat dan salam
buat junjungan Nabi Muhammad s.a.w serta keluarga baginda. Tidak lupa doakan
buat sahabat2 kita di Sabah, moga mereka dilindungi dan dijaga Allah.
Astaghfirullahal ‘azim..astaghfirullahal
‘azim..astaghfirullahal ‘azim.
Pembaca yang dikasihi
Allah,
Bagaimanakah hati kita tika ini? Hati
ini milik siapa? Milik ALLAH. Allah yang telah meminjamkan hati ini kepada kita.
Seharusnya kita menjaga sungguh-sungguh benda yang telah kita pinjam dari Allah
kerana suatu hari nanti kita perlu pulangkan kepada pemilik sebenar hati ini.
Jadikanlah hati kita
sihat.
Apa itu hati yang
sihat?
Hati yang sihat ialah
hati yang selamat pada hari Kiamat seperti difirmankan Allah swt dalam surah
Asy-Syu’ara, ayat 88-89:
“(yakni)
di hari harta dan anak-anak lelaki tidak berguna, kecuali orang-orang yang
menghadap Allah dengan hati yang yang sihat.”
Takrif umum tentang
hati yang sihat:
ü Hati yang bersih dari
semua syahwat yang bertentangan dengan perintah Allah dan larangan-Nya.
ü Bersih dari semua syubhah
yang bertentangan dengan wahyu Allah.
ü Bersih dari peribadatan
kepada selain Allah s.w.t.
ü Kecintaannya bersih untuk
Allah s.w.t dan berhukum kepada Rasul-Nya.
ü Berharap kepada-Nya.
ü Bertawakal kepada-Nya.
ü Merendahkan diri
kepada-Nya.
ü Mengutamakan keredhaan-Nya
dalam semua keadaan.
ü Menjauh dari
kemurkaan-Nya.
Hati yang sihat itu…
Jika dia mencintai
orang atau sesuatu, dia mencintai kerana Allah swt.
Wahai jiwa yang
tenang, kembalilah kepada Tuhan-Mu.
Pembaca yang setia,
Sedarlah dari lamunan. Periksalah hati
kita sebelum terlambat. Bila-bila sahaja, tuannya akan mengambil ia dari kita.
Bersedialah dari sekarang..
Jom tingkatkan
ibadah, perbaiki diri..
Moga Allah redha.
Wallahualam.
*Sumber ada dipetik
dari buku Penyakit Rohani & Rawatannya, Ibnu Qayyim Al-Jayziyyah.