Tautan Ukhwah

Saturday, August 6, 2011

Di manakah pergantungan kita?

                                                         

Assalamualaikum,

Segala puji bagi Allah selawat serta salam semoga tercurah kepada baginda, Rasulullah kepada keluarganya, para sahabatnya dan yang mengikuti mereka dengan baik hingga hari kiamat.

Setelah sekian lama ku menyepi dalam blog ini. Bukan ku sengaja ingin menyepi, namun ada tanggungjawabku yang harus ku laksanakan terlebih dahulu. Pejam celik, pejam  celik, dah nak masuk seminggu kita berpuasa kan? Cepatnya masa berlalu.

Hari ni buat pertama kalinya, ku menjejaki ke Hospital Zainab di Kelantan ini untuk menziarahi sahabatku, Sara yang sakit. Ku tersentuh sangat dengan keadaannya di sana. Jauh dengan ibubapa..Ku sengaja berfikir bagaimanakah jika aku berada di tempatnya? Pasti ku belum ada kekuatan sepertinya..

Bila fikir-fikir balik, betul juga cakap makku..”kak, cuba bayangkan, dulu di SMKAB, 2 minggu sekali balik ziarah makayah, sekarang di Kelantan, sebulan sekali nak balik..emm..”, sambil mak mengukir senyuman yang amat tersirat buatku..kata-kata ini terbit dari bibir mak apabila kami tengah berbincang tentang hajatku untuk ke Jordan selepas ini.

Dalam hati tertanya-tanya, sebenarnya di mana tempat ku mengharapkan perngantungan sebenarnya? Allah? Makayah? Sahabat-sahabat? Atau siapa? Allahukabar..Kata-kata Ustazah Mariyah masih terngiang-ngiang di benakku..”jika kita mengharapkan pergantungan kita keseluruhannya terhadap Allah, pasti kita akan mudah dalam semua urusan yang kita peru hadapi”.

Sebenarnya, jika kita bertaqwa kepadanya, pasti semua ujian yang datang kepada kita dilalui dengan tenang. Jadi, marilah kita sama-sama muhasabah diri..sejauh mana iman kita?sejauh mana ketaqwaan kita? Banyak yang kita perlu perbaharui niat dan mulakan langkah baru sebagai PERINDU SYURGA..insyaallah..

termenung di pohon bambu,
bernyanyi dengan syahdu,
menantikan rasa rindu,
rindu Allah SWT yg kutunggu.


Wallahualam.


2 comments:

  1. Assalamualaikum wbt.

    Jazakillah kerana berkongsi sesuatu yang boleh menggetar hati ini..

    Hanya dengan mengingati Allah, Hati akan tenang..

    Memang Allah adalah tempat kita bergantung dan bermadu kasih..

    Di fasa pertama (Rahmat) ini.. bermanjalah dengan Allah, bak kata ustaz Noh time pesat umum hari tu.. ^_^

    ~Permata Yang Dicari~

    ReplyDelete
  2. waalaikumusalam..
    btol2..ana skong..hanya dengan mengingati Allah, hati akan tenang..

    ReplyDelete