Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum
w.b.t,
Saat ini
mungkin ada yang sedang dibuai mimpi. Namun, aku masih melayang dengan
perasaanku sebentar tadi. Saat mana menanti hidangan, telefonku bordering. Suara
adikku mula kedengaran. Entah kenapa, ketika bercakap dengannya hari ini, jiwa
ini sebak. Seolah ada selautan kerinduan yang bakal melepasi tembok mata.
Dialah adikku
yang aku sangat kasihi,
Aku tiada
abang, tapi dia buatku rasa seperti ada seorang abang.
Dulu,
setiap kali mak ligan kami dengan hanger, sorang akan masuk tandas,
sorang masuk bilik air.
Dulu,
kami sama-sama meniaga acar limau. Naik basikal berdua. Aku memang malu bab-bab
ni, maka dia bagi salam, aku tolong jual.
Dulu,
saat mana mak pergi bekerja, kami masak bersama.
Dulu,
saat aku sakit, dialah yang masak nasi dan goreng telur dan beri aku makan.
Dulu,
saat dia berkeinginan sesuatu, dia sangat berdikari. Dia bekerja diam-diam
tanpa pengetahuan makayah.
Kadangkala
dia sakit, kakinya berdarah, aku sangat risau. Aku ingin memaklumkan kepada
makayah. Dia menghalang. Katanya, tidak mahu makayah risau.
Kadangkala
aku lihat dia marah pada adik-adik andai cakap kasar dengan makayah.
Dalam diam,
ku tahu, dia sedang merancang sesuatu untuk keluarganya ini.
Kami memang
terlalu rapat, sampaikan adik yang bongsu sangat cemburu. Kadangkala bila kami
sharing masalah dalam bilik. Adik yang bongsu ketika itu masih kecil, katanya…”kak
dan abang ni..kawin ka? Selalu berdua”.
Saat mana
aku akan pergi Jordan..pesanku..tolong jaga makayah bila kak takdak di sini. Dan
ku akui, dia sudah melaksanakan tanggungjawabnya dengan baik dengan pelbagai
dugaan telah meimpa keluarga kami.
Kemudian,
ku sambung pengajian master di UKM. Suatu hari, aku dapat tahu, dia mahu
berkahwin. Jujur, tika itu perasaanku berbaur. Ada sedih bercampur bahagia.
Saat mana
dia melafazkan akad nikah…ada titisan air mataku jatuh. Adikku sudah bertukar
status. Alhamdulillah. Sedikit rasa terkilan, aku tak dapat membantu dari segi
kewangan ketika itu. Aku hanya mampu sumbangkan tenaga untuk persiapan
majlisnya.
Duhai adikku
Firdaus,
Perjalanan
hidup kita masih berbaki,
Kaulah adik
yang terbaik pernah ku rasai,
Akak bahagia
memiliki adik sepertimu.
Duhai adikku
Firdaus,
Sebenarnya
dalam diam ku mengagumi,
Akak bukanlah
yang terbaik,
Tapi akak
berusaha menjadi akak yang terbaik untuk kalian.
Duhai adikku
Firdaus,
Akak tahu
kadangkala ada beban yang merantaimu,
Namun,
akak tahu kau kuat menghadapinya,
Bukankah akak
selalu mengingatkanmu tentang Syurga Firdaus?
Duhai adikku
Firdaus,
Mungkin saat
ini,
Masa telah
meragut masa kita bersama,
Namun kasih
kita tidak akan terbatas dek waktu.
Duhai adikku
Firdaus,
Pada malam
yang syahdu ini,
Saat batas
malam menjamah sang fajar,
Ku nukilkan
surat untukmu duhai adik.
Moga kau
terus kuat dalam hadapi onak duri ini,
Moga perkahwinan
yang telah dibina bahagia hingga Jannah,
Moga juga
kau menjadi insan yang berguna dan bermanfaat pada orang lain.
Mohon jangan
sebak baca nukilan ini.
Ini sahaja
yang mampu ku nukilkan malam ni.
Mana tahu
andai akak dah tiada di dunia ini,
Nukilan ini
akan menjadi pengubat rindumu padaku.
Yang ikhlas menyayangimu,
Siti Nabilah Azman,
1.10 am, 10/12/17
UKM, Bangi.