Assalamualaikum
w.b.t,
Alhamdulillah,
setelah sekian lama menyepi dalam blog yang usang ini, kini cuba mujahadah
untuk menggerakkan jari jemari menukilkan sesuatu. Terasa sangat tersentap
apabila mendapat satu message dari seorang ukhti.
“Assalamualaikum
akak…bila nak update blog? Lama dah akak tak upload…saya nak baca sesuatu…”.
Allah…hati
diketuk berulang kali. Jenuh memerah otak apa yang boleh dikongsikan.
Baiklah…
Sedikit
perkongsian untuk kali ini. Ana baru habis membaca buku RNR HATI yang ditulis
oleh Ustaz Pahrol Mohd Juoi. Dengan membawa kata-kata yang sangat menarik di
kulit hadapan buku ini, “muda bukan sekali, tetapi dua kali”. Kata-kata itu
sangat benar sebab kita bukan hanya muda di dunia tetapi di Syurga nanti, Allah
memilih usia muda sebagai usia semua ahli Syurga.
Dalam buku
ini dibahagikan kepada beberapa bab besar iaitu, identiti anak muda, mencari
cinta, peribadi dan perilaku nan indah. Banyak dimuatkan kata-kata yang berbaur
motivasi, kata-kata semangat dan menjadikan pembaca untuk berfikir ke arah yang
sangat positif.
Mujahadah
juga ana untuk menghabiskan membaca buku ini disebabkan banyak komitmen
lain..tapi ana curi juga masa. Kadangkala selepas baca Al-Mathurat waktu pagi,
ana akan baca juga sekurang-kurangnya satu mukasurat buku ini. Begitu juga
dengan mujahadah untuk membaca Al-Quran. Kalau nak ikut sibuk kita, kerja kita
makin bertimbun. Tapi, carilah juga masa baca ayat-ayatNya walau satu ayat dan
tadabburlah.
Ana masih
teringat satu kata-kata dalam buku Rnr Hati, “Dengan solat, hati kembali kuat”.
Allah…saat kita lemah dengan ujian, solatlah penguat hati. Saranan ana, bacalah buku ini, banyak ibrahnya. Jom muhasabah
bersama-sama. Moga kita terus semangat berlari ke arahNya.
Sekian. Wallahualam.