Sambutlah cinta ALLAH yang dicurahkan kepada hambaNya.. Tiada rasa ketuhanan jika tiada ujian… Tiada rasa kehambaan jika tiada kepasrahan.. Tiada rasa pergantungan jika tiada kepayahan.. Tunjangkanlah resahmu di dada solat..himpunkanlah peritmu di genggaman doa..tutupi kekecewaanmu dengan ketakwaan…dan nilaikanlah kesucian hatimu dengan keikhlasan hati..
Tautan Ukhwah
Wednesday, September 21, 2016
Perjalanan bermula...
Jam menunjukkan tepat jam 11.00 malam. Tika ini bunyi cengkerik menari di telingaku. Mataku pula seolah sedang memikul batu yang berat. Namun, jari ini memujuk agar berbicara sebentar.
Onak duri mula menular di setiap langkah ini. Bukankah perjalanan ini baru bermula? Haruskah terus merasakan derita?
Sebentar!!!! Jangan dirasakan sebegitu lagi.
Tajdidkan (perbaharui) niatmu! Ingatkah lagi hadis pertama dalam Matan Arbain?
“Setiap amalan itu bergantung kepada niat”.
Niat itu pekerjaan hati dan menuntut sebuah keikhlasan. Terasa diri ini terlalu kerdil melihat orang sekeliling yang banyak ilmunya. Luas pengetahuannya. Jiwa yang sering memikirkan ummah. Allahuakbar!
Iqra! Bacalah.....
Prof acapkali memesan kepada kami agar rajin membaca. Maka mahu atau tidak mahu, MALAS perlu ditendang keluar dari kamus kehidupan sekarang. Teringat kata Murabbi dulu,
“Orang yang malas, susah nak masuk SYURGA”
Ya! Untuk mendapat sesuatu kita perlu usaha. Kemudian, doa dan tawakal. Tatkala pensyarah memberi tugasan, hati mula terdetik untuk merintih. Namun, ditangkis dengan istighfar dan mengusung ribuan hamasah (semangat) untuk berhadapan dengannya.
Alhamdulillah, Allah hadirkan sahabat-sahabat yang bersama menggenggam erat harapan ini. Sifat Syafa yang berani menjadikan tidak rasa gusar tatkala bersamanya. Tatkala jiwa terasa sesak, Afifah hadir menceriakan keadaan ditambah pula dengan hamasahnya yang berkobar- kobar. Selain itu, satu angkatan perjuangan ini, Rasyidah, kak Solehah, Naimah, dan kak A’thiyatul bagi akhowat.
Niat yang baik, InsyaAllah ada jalan dariNya. Teruskan doa. Teruskan mengejar cinta Allah. Pencarian harus diteruskan, dengan mendamba ampunan dan petunjuk sepanjang jalan.
Nampaknya, mata memberi isyarat menuntut haknya untuk berehat. InsyaAllah, ada rezeki akan berkongsi lagi. Ini hanya kisah penulis, andai ada yang kurang baik, jangan diteladani, andai ada sesuatu mutiara dapat dikutip. Dipersilakan. Mohon doa semua.
11.39pm,
20/9/16,
UKM Bangi.
Subscribe to:
Posts (Atom)