Allah tahu apa yang
terbaik buat hambaNya.
Dalam surah Al-Baqarah,
ayat 216, Allah berfirman :
“…boleh jadi kamu benci kepada sesuatu
padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia
buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu),
sedang kamu tidak mengetahuinya.”
Hari ni dari menjadi ‘ustazah’
dah tukar menjadi ‘teacher’. Dek kerana ada seorang teacher yang bersalin, maka
aku perlu menggantikannya. Siapa sangka berbaki lagi beberapa minggu untuk
teruskan perjuanganku, ku ajar English.
Bermula tiba di pejabat sekolah
hari ini, seorang guru menegurku.. ”Assalamualaikum, teacher..”, sambil
tersenyum lebar. Ok, fine. Today, I’m a teacher. Tajdid niat dan ikhlaskan
diri.
Melangkah masuk ke bilik guru,
“Assalamualaikum Teacher Nabilah..”. Rupanya ramai dah tahu tentang pertukaran
ini. Senyum dan sahut cabaran ini.
First class, baru ja bagi salam
dan cakap sit down, ada seorang budak perempuan menangis teresak-esak.
Hidungnya berdarah-darah. Gelabahnya aku ketika itu, hanya Allah yang tahu.
Setelah bersihkan hidungnya dan menyuruhnya berehat, dia makin baik.
Alhamdulillah.
Kelas kedua, ada murid sedang
bergaduh.
“kenapa gaduh ni?”, tanyaku.
“dia ni teacher….saya cakap kat
dia yang ustazah dah jadi teacher, dia dok cakap ustazah..ustazah la..”, kata
seorang murid.
Allah…Allah…bergaduh pulak. Sebab
gelaran ja pun. Lalu aku menjelaskan, aku tetap aku, tidak kisah sama ada
ustazah atau teacher, sama sahaja. Ustazah, teacher atau cikgu, mereka semua
adalah pendidik. Kita sebagai pelajar, harus mendoakan mereka dan hormati
mereka.
Kelas ketiga, “ustazah…ada orang
pukul saya”, “teacher…..pensil saya hilang”. Pelbagai ragam. Ku semakin
terhibur. Namun kesabaran sangat
dituntut sebagai seorang pendidik. Apabila kesihatan kurang baik, terasa mood
hilang. Bila murid buat perangai, terasa ingin sahaja marah. Namun, perlu
istighfar banyak dan senyum.
Ketika menunggu beberapa orang
murid menyiapkan kerja yang diberi walhal kawan-kawannya sudah keluar kelas
untuk pulang ke rumah, tiba-tiba beberapa orang murid kelas akhir sekali masuk
ke kelasku.
“ustazah..kenapa tak ajaq kami
pun?”, sambil buat muka menyebek.
Ku hanya senyum. Dahulu, dialah
paling nakal, suka kacau kawan-kawan, kerja tidak mahu buat, namun saat akhir
ku bersama mereka dahulu, dialah yang paling rajin. Rupanya perhatian dan kasih
sayang yang dia perlukan.
“Kelembutan
tidak akan pernah tertewas dengan kekerasan.”
Filem
Warkah Cinta
Saat melangkah pulang ke sekolah
tadi, sungguh terasa ada sesuatu yang perlu ku ambil iktibar.
Niat. Patutlah sebelum ini selalu
diingatkan untuk tajdid niat (perbaharui niat) sebab bila-bila masa sahaja niat
kita akan berubah dan hilang.
Sabar. “Dan sesungguhnya Kami akan
memberi balasan kepada orang-orang yang bersabar”. (Al-Nahl : 96)
Husnuzan dengan Allah. Yakin
dengan apa yang Allah beri pada kita. Pasti ada hikmahnya.
Sentiasa fikir positif.
Cuba jadi tenang dan banyakkan zikir. “Orang-orang
yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan berzikir (mengingat)
Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d
: 28)
Sekian. Kisah ini hanya kisah penulis dan jika ada yang baik
untuk diambil, silakan. Jika ada yang tidak baik, mohon abaikan. Jom hidup
dengan rasa berTuhan.
10/8/16
Lunas,Kedah.
10/8/16
Lunas,Kedah.