Hafalan Shalat Delisa
Sebuah filem adaptasi novel dari penulis Tere Liye.
Filem ini menceritakan kisah seorang gadis cilik bernama Delisa yang merupakan
anak bongsu di dalam keluarganya. Lagi? Lihatlah sendiri plot cerita ini yang
pasti menyentuh hati.
Pengajaran filem
Jangan mudah iri hati
Saat mana kakaknya Delisa, Aisyah sedih kerana dia
tidak mendapat rantai yang cantik seperti Delisa. Ibunya memujuk agar tidak
mudah iri hati pada barang yang bukan milik kita. Semuanya milik Allah.
Berkongsi apa yang kita miliki dengan orang lain
Tiur, sahabatnya Delisa sudah tidak mempunyai ayah.
Maka kata Delisa terhadap Tiur, “Ayahku, ayahmu jua”.
Coklat yang diberi oleh kakak Sophie kepada Delisa
dengan banyak. Namun, saat Delisa mendapatkannya, dia terus membahagikan coklat
itu untuk orang lain tanpa memikirkan untuk simpan saja padanya.
Saat mana kita memiliki sesuatu, berkongsilah dengan
orang lain, kerana itu semua milik Allah.
Solat jemaah
Keluarga Delisa amat menitikberatkan solat jemaah. Ditunggunya
semua adik beradik untuk solat jemaah.
Khusyuk & Fokus
Betapa Delisa khusyuk dalam solat sehingga apabila
tsunami menerpa langsung tidak disedarinya. Fokus. Fikirannya satu.
Harapan kegembiraan
Ombak bisa musnahkan kegembiraan kita, tetapi tidak
memusnahkan harapan kembali gembira.
Musibah mampu mengubah peribadi manusia
Umam yang dahulunya nakal, selepas musibah menjadi
lebih baik.
Penghibur kala manusia sepi
Pak Acan walaupun sedang dilanda sepi namun masih cuba
untuk menceriakan Delisa yang sedang dalam kesedihan.
Mujahadah untuk menghafal
Delisa memang mujahadah untuk menghafal. Sentiasa berusaha
tanpa mengenal erti jemu dan lelah.
Ikhlas
Saat Delisa bertanya kepada Ustaz Rahman kenapa dia
susah untuk melakukan sesuatu, jawab ustaz Rahman,
“Orang yang susah untuk melakukan sesuatu disebabkan
tidak ikhlas, melakukan sesuatu bukan kerana Allah”.
Kematian
Siapa sangka di sebalik keceriaan, tsunami hadir
melanda bumi. Kematian itu tidak mengenal masa dan tempat. Maka, bersiap
sedialah.
Ibu mithali
Ibu Delisa yang sungguh memberi inspirasi. Diberikan
kasih sayang Islam pada anak-anaknya. Akhlaknya yang menunjukkan Islam itu
telah mempengaruhi akhlak anak-anaknya.
Pembaca
yang hatinya ingin dekati Allah,
Apa sahaja yang kita lihat, cubalah
cari ibrahnya. Moga-moga apa yang kita lihat dan habiskan masa tidaklah dengan
sia-sia. Malah, kita masih dalam konteks mengingati Allah.
Sekian.