“ Dan sesungguhnya Dialah
yang menjadikan sesorang ketawa dan menangis.”
(
Surah An-Najm : 43 )
Allah s.w.t telah mencipta manusia sebagai makhluk yang
sangat sempurna berbanding daripada
makhluk-makhluk-Nya yang lain. Namun, di sebalik kesempurnaan tersebut, Allah
juga telah menciptakan kelemahan buat makhluk bernama manusia. Kelemahan
tersebut ada pada hati manusia yang tidak pula dikurniakan kepada lain-lain
makhluk Allah s.w.t.
Lumrah bagi setiap manusia yang apabila ditimpanya
musibah, lalu dia berasa sedih. Air mata
yang selama ini beku serta merta menjadi cair lalu menjadi cair dan
bergenangan.
Salahkah menangis apabila
mendapat musibah?
Lumrah
dan sunnatullah bagi setiap manusia apabila mendapat musibah yang tanpa diduga,
akan mengalirkan air mata. Semua yang berlaku adalah ketentuan Allah.
Jadi,
wajarlah kita bersedih kerana manusia tidak sempurna dan setiap daripada kita
mempunyai kelemahan. Namun, menangis bukanlah menunjukkan sama ada kita lemah
atau tidak.
Menangis
menunjukkan permulaan untuk seseorang itu menjadi kuat menghadapi kesedihannya
dan membuatkan seseorang sedar tentang kesilapannya pada masa lalu.
Bersedih memang fitrah manusia sejak dilahirkan
Harus diingati, jika bersedih
mestilah berpada-pada dan ingatlah bahawa semuanya datang daripada Allah…
Siapa yang bertanggungjawab ke
atas setiap makhluk di bumi ini???
Sudah pasti Allah s.w.t,
kerana Dialah yang menjadikan seseorang manusia itu berasa sedih, gembira, dan
sebagainya.
Boleh menangis…tetapi,
Ambillah langkah bersederhana
kerana jika berlebihan akan memudaratkan diri.
Oleh yang demikian, hapuskanlah air mata dan ayuh menjadi seseorang yang kuat
menghadapi kesedihan. Ingatlah…Allah sangat sayang kepada orang Islam yang kuat
dalam menempuh onak duri kehidupan dan orang-orang mukmin yang beriman paling
dikasihi Allah. Allah s.w.t tidak akan
berlaku zalim kepada manusia dan Dia
tidak akan menurunkan musibah yang tidak padan dengan kemampuan hamba-Nya.
Wallahualam.