Tautan Ukhwah

Friday, August 12, 2011

PuaSa YaNG iKHLaS, BeNCaNa TeRHaDaP iBLiS



Assalamualaikum,
          Alhmdulillah dengan limpah rahmatNya, dapat juga saya meluangkan masa pada kali ini uttuk berkongsi sedikit ilmu dengan anda sekalian. Pada hari ini dah masuk hari yang ke 12 kita berpuasa dalam bulan Ramadhan. Namun, cuba tanya dalam hati kita adakah kita puasa dengan ikhlas atau kerana lain? Adakah puasa disebabkan semua orang berpuasa? Adakah puasa disebabkan takut ada orang pandang hina terhadap kita? Atau adakah kita terpaksa berpuasa kerana tidak ada orang makan di restoran pada siang hari?

          Jadi, renunglah sedalam-dalamnya dalam hatimu..Adakah betul puasamu ikhlas? Sementara itu..marilah kita menghalusi sebuah kisah mengenai perasaan iblis apabila kita berpuasa dengan ikhlas.

**********
Nabi bertanya kepada iblis : “ Hai Iblis! Jika umatku puasa kerana Allah , bagaimanakah perasaan engkau?”

          Maka sembah Iblis : “ Ya Nabi Allah, inilah suatu bencana yang amat besar bahayanya kepada hamba kerana apabila masuk malam awal Ramadhan , maka memancarlah cahaya Arasy dan Kursi dan segala malaikat menyambut dengan kesukaan.

          Bagi orang-orang yang berpuasa mendapat sebesar-besar kurnia Allah Taala yang mengampuni segala dosa yang telah lalu dan digantikan dengan pahala, yang amat besar dan tiada ditulis segala kesalahannya selama ia berpuasa. Tambahan lagi yang menghancurkan hati hamba ialah segala isi langit, bulan dan bintang dan Malaikat hinggakan burung-burung dan ikan-ikan yang di dalam laut dan ikan tawar demikian jua tiap-tiap yang bernyawa di atas muka bumi semuanya mendoakan siang dan malam memintakan ampun bagi orang yang berpuasa.

          Satu lagi setinggi-tinggi kemuliaan bagi orang yang berpuasa iaitu dimerdekakan oleh Tuhan tiap-tiap hari dalam bulan Ramadhan seribu kemerdekaan dari azab neraka, demikian pula telah ditutup segala pintu neraka dan dibukakan segala pintu syurga yang lapan dan menghembus angin yang di bawah Arasy yang bernama angin syirah yang amat lembut melalui ke dalam syurga.

          Maka pada hari dimulai umat tuan hamba berpuasa itu datanglah segala Malaikat dengan garangnya menangkap hamba dengan perintah Tuhan serta ditangkapnya segala tentera hamba jin syaitan ifrit dipasung kaki dan tangannya dengan besi panas dan dirantai hamba sekalian dimasukkan ke bawah bumi yang amat dalam dengan beberapa azab sengsara. Kemudian hamba menunggu hingga selesai umat tuan hamba daripada berpuasa itu barulah hamba dilepaskan supaya jangan hamba mengacau mereka itu. Umat tuan hamba sendiri telah merasa kesenangan puasa sebagaimana mereka bekerja untuk makan sahur wakktu tengah malam seorang diri sekalipun tiada sedikit merasai takut seperti malam-malam yang lain”.

**********

          Subhanallah, hebatnya orang yang berpuasa ikhlas kerana Allah. Lihatlah bagaimana bencananya iblis pada ketika ini. Jadi, muhasabahlah diri kita. Bagaimana dengan puasa kita tika saat ini. Sebenarnya,satu kata yang sangat mudah diucapkan tetapi sangat sulit dilakukan ialah IKHLAS. Marilah kita sama-sama memupuk sifat ikhlas ini dalam diri kita.

Wallahualam.

                                                                                           

Saturday, August 6, 2011

Di manakah pergantungan kita?

                                                         

Assalamualaikum,

Segala puji bagi Allah selawat serta salam semoga tercurah kepada baginda, Rasulullah kepada keluarganya, para sahabatnya dan yang mengikuti mereka dengan baik hingga hari kiamat.

Setelah sekian lama ku menyepi dalam blog ini. Bukan ku sengaja ingin menyepi, namun ada tanggungjawabku yang harus ku laksanakan terlebih dahulu. Pejam celik, pejam  celik, dah nak masuk seminggu kita berpuasa kan? Cepatnya masa berlalu.

Hari ni buat pertama kalinya, ku menjejaki ke Hospital Zainab di Kelantan ini untuk menziarahi sahabatku, Sara yang sakit. Ku tersentuh sangat dengan keadaannya di sana. Jauh dengan ibubapa..Ku sengaja berfikir bagaimanakah jika aku berada di tempatnya? Pasti ku belum ada kekuatan sepertinya..

Bila fikir-fikir balik, betul juga cakap makku..”kak, cuba bayangkan, dulu di SMKAB, 2 minggu sekali balik ziarah makayah, sekarang di Kelantan, sebulan sekali nak balik..emm..”, sambil mak mengukir senyuman yang amat tersirat buatku..kata-kata ini terbit dari bibir mak apabila kami tengah berbincang tentang hajatku untuk ke Jordan selepas ini.

Dalam hati tertanya-tanya, sebenarnya di mana tempat ku mengharapkan perngantungan sebenarnya? Allah? Makayah? Sahabat-sahabat? Atau siapa? Allahukabar..Kata-kata Ustazah Mariyah masih terngiang-ngiang di benakku..”jika kita mengharapkan pergantungan kita keseluruhannya terhadap Allah, pasti kita akan mudah dalam semua urusan yang kita peru hadapi”.

Sebenarnya, jika kita bertaqwa kepadanya, pasti semua ujian yang datang kepada kita dilalui dengan tenang. Jadi, marilah kita sama-sama muhasabah diri..sejauh mana iman kita?sejauh mana ketaqwaan kita? Banyak yang kita perlu perbaharui niat dan mulakan langkah baru sebagai PERINDU SYURGA..insyaallah..

termenung di pohon bambu,
bernyanyi dengan syahdu,
menantikan rasa rindu,
rindu Allah SWT yg kutunggu.


Wallahualam.