Bismillah..
Assalamualaikum
w.b.t,
Saat mata
ingin tertutup saat membuat tesis, maka berehatlah sebentar dengan menulis di
blog ini. Ana masih berhutang dengan beberapa orang tentang pertemuan JODOH.
Jadi, insyaAllah, ana tunaikan pada hari ini.
Sebenarnya definisi Jodoh sangat luas.
Jodoh itu bukanlah semata-mata merujuk kepada pasangan sahaja namun juga kepada
yang lain. Misalnya, jodoh tempat kerja, jodoh berkerjasama dengan sesebuah
organisasi dan pelbagai lagi. Cumanya, pada kali ini ana highlightkan Jodoh
dengan pasangan.
InsyaAllah lagi sebulan bakal menjadi
seorang isteri. Mungkin tidak layak lagi ana bercakap tentang jodoh ini. Namun,
ada sedikit perkongsian dari kisah hidup ana yang mungkin boleh diambil sebagai
ibrah atau teladan. Mana tahu boleh menjadi insipirasi buat anda juga.
2016 – Pada
tahun ini, ana berusia 24 tahun. September, 2016 ana mendaftarkan diri sebagai
mahasiswa sarjana di UKM. Hujung tahun, ana dimaklumkan adik ana, Firdaus ingin
bertunang pada Februari 2017. Ini bermakna, adik ana sudah menemui jodohnya dan
bakal berkahwin tidak lama lagi. Rancangannya, mereka akan berkahwin pada April
2017.
Hujung tahun 2016, ayah bertanya
serius padaku, “Kak dah ada orang?”. Jujur, ana belum ada. Mungkin benar orang
cakap ana terlalu memilih. Tapi bagi ana, tidak salah memilih sebab ana bukan
sedang mencari seorang lelaki tetapi khalifah. Banyak benda ana perlu
pertimbangkan. Maka perbualan kami diteruskan:
Ayah: “kak serius dak nak kawin?”
Ana: “Eh..mesti
la nak kawin”.
Ayah: “kak
rancang nak kawin bila?”
Ana: “er…sampai
jodoh..kawin la..hehe”.
Ayah: “Kak
doa cam mana?”
Ana: “
emm…nabilah doa bagi dapat jumpa jodoh yang baik, soleh…bla..bla..”, ngomelku.
Ayah: “kak
tak serius nak kawin!”,
Ana: “Ha?
Emmm…” tersentap.
Ayah: “kak
dulu masa UPSR, doa cam mana?”
Ana: “doa
bagi dapat 5A UPSR”.
Ayah: “ok…kita
akan specifickan doa kita, nak dapat 5A. Kita sebut 5A. kenapa kita tak sebut
‘ya Allah..bagi aku lulus pun dah ok’. Kita akan usaha untuk dapatkan 5A tu
pulak kan?”
Ana
terdiam…berfikir.
Ayah: “So,
cuba kak tulih balik, hajat kak nak kawin bila, pastu bagitaw ayah.”
Ok…..ana
pun dalam masa beberapa hari…rancang balik semua. Dah sedia, ana pun sembang
balik dengan ayah.
Ana: “Ok
ayah..dah plan dah. Nabilah ingat…paling lewat nak kawin dalam umur 27 tahun.
Taun depan, Nabilah harap dah jumpa seseorang yang orang kata InsyaAllah dengan
kita. Tak tunang lagi pun takpa, asalkan memang kedua family dah setuju. So, 26
tunang, kawin 27. Kalau ada rezeki kawin awal lagi pun takpe, lagi Alhamdulillah”.
Ayah: “ok…mulai
saat ini, sebut setiap kali dalam doa detail macam yang kak nak tu. Pastu,
banyakkan solat hajat, qiamullail dan solat-solat sunat”.
Baiklah…..bermulalah
perjalananku dalam usaha mendapatkan JODOH.
Serius, rasa lain. Sebab bila kita dah ubah cara doa kita dan doa
spesifik tu, kita rasa sangat bersungguh-sungguh. Dalam masa yang sama,
kita juga automatik terislahkan diri kita. Misalnya, qiamullail kita makin
terjaga, solat-solat sunat kita jua. Senang cakap, kita juga makin serius dan
sungguh-sungguh dalam ibadah kita.
Akhirnya,
sebelum masuk 2017, tiba-tiba hadir seorang siswa UKM berhajat padaku. Dia
sangat serius dengan hajatnya. Padahal baru ja kenal denganku tapi berani berjumpa
dengan ayahku menyatakan hasratnya. Ana? Ana masih belum ada jawapan. Sampaikan
ayah tegur..”kak ada tunggu sesiapa? Bukalah hati menerima seseorang, bukan
ka kak cakap kat ayah..nak cinta lepas kawin”. Ana terdiam. Ana minta
diberi masa dan memesan pada siswa itu jangan terlalu berharap pada ana.
2017 – Hari
demi hari, ana masih belum ada jawapan untuknya. Entah kenapa hatiku belum kuat
dengannya. Baiklah, ana ambil keputusan akhir Februari, untuk memberi jawapan.
16
Februari 2017 – Tarikh hari lahirku. Malam itu, ada akhowat
yang sudah berkahwin hantar msg padaku dan bertanya, ana dah ada orang ke
belum. Ana terdiam sejenak dan istighfar. Jujurnya, ana memang merasakan ana
belum ada sesiapa lagi malah masih belum memberi jawapan pada siswa itu sebab
hati ana masih belum kuat mengatakan dia adalah jodoh ana. Maka ana jawab
sepatah ,’belum’. Akhirnya, malam itu ana diberitahu siapakah gerangan
syabab yang berhajat pada ana. Ada titisan air mata yang mengalir. Ana minta
diberi masa untuk istikharah dan istisyarah dengan keluarga.
Dalam beberapa hari, ana sudah ada
jawapan setelah istikharah dan istisyarah bersama keluarga. Bismillah….ana
terima. Jawabku pada akhowat itu. Ini bermakna ana menolak siswa UKM itu.
Maafkan ana. Ada air mata mengalir saat ku menjawab ‘ana terima’. Ya Allah,
tidak sampai beberapa bulan dari usahaku yang tak seberapa itu, Kau hadirkan si
dia.
17/12/2017- Kami tunang.
17/12/2017- Kami tunang.
Benar. Mungkin ada yang akan
cakap..’takpela..dah jodoh hang…’. Namun, ingin ku katakan pada kalian….
DOA itu
telah mengajarku mendahulukan cintaNya,
DOA itu
telah membuatku rasa sepenuh harapan padaNya,
DOA itu
telah mengajarku erti kesabaran yang tiada terhingga,
DOA itu
telah merapatkan hubungan aku dan DIA,
DOA itu
telah melatihku untuk belajar berjuang,
DOA itu
telah menyedarkanku yang sering alpa,
DOA itu
telah menyuburkan segenap kekuatan hati,
DOA itu
mengingatkanku tentang ikhtiar dan tawakal.
Jodoh itu perlu diusahakan… teruskan
usaha, jangan putus asa. Yang penting, kita perlu selalu rasa ingin perbaiki
diri dan berlari meraih cintaNya. Try lah buat macam apa yang ayah ana sarankan
buat. Mana tahu, ini jalan yang Allah bagi untuk kita berjumpa dengan jodoh
kita. Mempersiapkan kita dengan cintaNya sebelum diberi cinta manusia. Apapun,
tahniah untuk semua. Mungkin kisah kita berbeza. Ini kisah ana. Namun, asbab
ana menulis adalah kerana terdapat insan-insan yang bertanyakan apa usaha ana
untuk jodoh ini. Ini jawapan ana. Mohon doakan ana dan bakal jodoh ana ni.
Jemput datang ke walimah kami akhir bulan depan. Sekian dari seorang yang masih
sedang islahkan diri.
Sekian.
Siti Nabilah Azman,
27/3/18, 4.51pm
PTSL, UKM.
Tahniah.satu perkongsian yang cukup bermanafaat ..doakan sy semoga Allah perkenankan doa dan hajat saya
ReplyDeleteInsyaAllah..moga zuera diperkenankan doanya..amiin.
Deletesaya juga lg stress krna saya umur 42 thn msh nganggur dan jomblo. dulu thn 2003 saat msh kerja saya sering dimutasi, diremehkan orang krna otak dan tenaga saya payah shg saya mengundurkan diri, nyari kerja lg baru sebentar dipecat krna tdk becus kerja. dulu saya kalau nyari jodoh sering ditolak cewe, diremehkan cewe, dibohongi teman, dimanfaatkan teman, diancam org, dipukul orang saat nyari cewe dll.. akibatnya saya selama 15 thn tiap hari marah marah, berkata kotor, susah tidur, kdng banting barang barang, sering berdoa yg buruk buruk dll. buka usaha kecil kecilan bangkrut, jualan online tdk laku.. apa saya kena gangguan ghaib? dulu kakek dan uwa saya paranormal sakti.. saya sdh 12thn agak rajin ibadah tp nasib tdk berubah..dulu thn 2003 saat merantau ke bdg saya melamar cewe nama nya nur (andir ciparay), tp lamaran saya ditolak, saya sampai skrng blm mampu melupakan dia. yg bikin saya cinta mati dg nur krna dia cantik, pendiam, lugu, rajin sholat, tdk matre, jarang keluyuran, dia juga jadi tulang punggung keluarga krna ortu nya petani miskin. saya mengira nur jodoh saya, krna saya kalau ada di dkt dia hidup saya semangat, hati saya damai, tp ternyata dia cewe yg paling sulit saya dapatkan. saya ngejar dia 2 thn (2001-2003) tp saya ditolak habis habisan. saya bilang kpd dia saya tdk akan nikah atau akan bunuhdiri jika dia menolak saya terus, tp dia tetap menolak saya. nur mentang2 cantik shg sombong dan jual mahal. saya nyari yg lain gagal. saya ditolak lagi, dibohongi teman, dimanfaatkan teman dll. saya sdh pernah ditolak cewe 7x. bukan krna saya kurang ganteng tp krna saya cupu dan loyo. cewe suka cowo yg jantan atau yg mapan. saat nur sdh nikah saya sering kirim surat ancaman kpda dia shg dia keguguran 3x krna sakit hati, kemudian thn 2009 dia cerai dg suaminya dan nur mencari cari saya supaya saya melamar dia, tp saya tdk berani datang krna saya yg merusak rumah tangga dia. selain itu saya sdh di kampung tdk merantau ke bdg lagi. tp saya sdh minta maaf kpd nur lwt surat. krna dulu saya lg stres berat krna saya merantau ke bdg sering dijahati org dan sering ditolak cewe. kemudian saya pulang kampung saya nganggur dan jomblo berthn thn.
ReplyDelete