Tautan Ukhwah

Wednesday, October 19, 2011

Ar-Rahim-Allah Maha Penyayang


                                                                 

Assalamualaikum w.b.t,

          Segala pujian hanya bagi Allah, Tuhan semesta alam, Yang Maha Berkuasa dan memiliki nama-nama yang indah. Selawat dan salam kepada penghulu kita Nabi Muhammad s.a.w, rasul dan utusan-Nya yang terakhir kepada sekalian umat manusia.

Pembaca yang dirahmati Allah sekalian,

          Allah itu bersifat Ar-Rahim ( Yang Maha Penyayang), kepada hamba-hamba-Nya yang mukmin pada hari kiamat. Walaupun hanya mempunyai iman seberat zarah, namun mereka tidak akan kekal dalam neraka dan akhirnya akan memasuki syurga jua. Bagi golongan yang ingkar, di akhirat kelak mereka tidak akan mendapat rahmat dan belas kasihan Allah s.w.t, malah akan ditempatkan di neraka.

* tA$s%ur (#qç7Ÿ2ö$# $pkŽÏù ÉOó¡Î0 «!$# $yg11øgxC !$yg8yöãBur 4 ¨bÎ) În1u Öqàÿtós9 ×LìÏm§ ÇÍÊÈ

Maksudnya : Dan Nuh berkata : “ Naiklah kamu sekalian ke dalamnya dengan menyebut nama Allah pada waktu belayar dan berlabuhnya. Sesungguhnya Tuhanku benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”.
( Surah Hud , ayat 41 )

Apakah bukti Allah bersifat Ar-Rahim?

1) Mengutuskan Nabi Muhammad s.a.w sebagai pembawa hidayah Al-Quran.

Allah itu Maha Penyayang, Dia utuskan Nabi Muhammad s.a.w sebagai pembawa hidayah Al-Quran untuk panduan hidup kepada hamba-Nya. Namun, masih banyak lagi manusia yang tidak ingin mengambil panduan ini sebagai panduan hidup mereka.

عن ابي هريرة رضي قال ، عن النبي (ص) قال : تركت فيكم امرين لن تضلوا ما ان تمسكتم بهما : كتاب الله و سنة نبيه            ( رواه مالك )

Maksudnya : Daripada Abu Hurairah r.a.,Rasulullah s.a.w. bersabda :" Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara , kamu tidak akan sesat,  selama kamu berpegang  dgn kedua-duanya, iaitu Kitab Allah dan Sunah Nabi "


2) Mengurniakan akal kepada orang mukmin.

Allah memberikan akal kepada manusia untuk berfikir dan membezakan antara baik dan buruk. Contohnya, orang yang berakal tidak akan sedih kerana miskin tetapi sedih kerana tidak mengerjakan amal soleh. Harta tidak boleh bawa ke akhirat padahal amal soleh membantu kita di akhirat yang kekal abadi.

Imam Ali as penah berkata : “ Akal adalah sumber pengetahuan dan pengajak kepada pemahaman.”

Nabi Muhammad s.a.w pernah ditanya, “ Apakah akal itu?” Beliau menjawab: “ Ia adalah ( alat ) untuk ketaatan kepada Allah. Kerana orang-orang yang taat kepada Allah adalah orang-orang yang berakal.”

Imam Ali as berkata lebih lanjut mengenai akal. Kata beliau, akal adalah pedang yang tajam. Bunuhlah hawa nafsumu dengan senjata akalmu. Jiwa memendam berbagai hasrat nafsu, akal berfungsi untuk mencegahnya. Hati memendam berbagai hasrat buruk, sedangkan akal selalu menahannya. Orang yang berakal adalah orang yang mengalahkan hawa nafsunya dan orang yang tidak menukar akhiratnya dengan dunianya.


3) Mengurniakan tubuh badan yang sihat.

Allah mengurniakan tubuh badan yang sihat supaya kita dapat menunaikan ibadat dengan sempurna. Namun kini, apabila badan sihat lagi sukar untuk buat ibadah kerana sibuk dengan aktiviti lain. Langsung tidak menggunakan nikmat ini dengan sebaik mungkin. Bayangkan jika badan kita sakit, bagaimana perasaan kita? Ada juga yang mengeluh atas ujian-Nya. Kasihnya Allah terhadap kita, tetap mengurniakan tubuh badan yang sihat kepada kita walaupun kadangkala ada kejahatan atau kemaksiatan yang hamba-Nya lakukan di dunia ini.


4) Mengurniakan ibubapa yang penyayang, bertanggungjawab dan untuk kita berbakti.

Dengan menyayangi dan mengasihi ibubapa, di samping mematuhi segala suruhan dan nasihat keduanya, berkata-kata dengan mereka perlu menggunakan bahasa yang lemah lembut serta beradab, tidak menyinggung perasaan mereka. Semua ini akan menunjukkan bukti kesyukuran dan terima kasih kita terhadap budi mereka yang bersusah payah mendidik dan membesarkan kita. Islam menegaskan antara dosa besar ialah perbuatan menderhaka kepada ibubapa melalui surah An-Nisa’-36,

* (#rßç6ôã$#ur ©!$# Ÿwur (#qä.ÎŽô³è@ ¾ÏmÎ/ $\«øx© ( Èûøït$Î!ºuqø9$$Î/ur $YZ»|¡ômÎ)

Maksudnya : "Sembahlah Allah jangan menyekutukannya serta kepada kedua-dua ibu bapa hendaklah kamu berbuat baik."

Nabi Muhammad s.a.w pula bersabda :
“ Keredhaan Allah bergantung kepada keredhaan ibubapa, manakala kemurkaan Allah juga bergantung kepada kemurkaan ibubapa.”


5) Pengurniaan pelbagai rezeki

Allah Yang Maha Penyayang telah mengurniakan rezeki kepada kita supaya kita dapat hidup dengan lebih selesa. Kasih sayang Allah pada makhluk adalah berlainan dengan keredhaan Allah kepada makhluk itu. Allah beri rezeki kepada semua makhluk tidak kira orang Islam ataupun tidak sebab kasih sayang-Nya yang luas. Kadangkala Allah bagi rezeki berlimpah ruah supaya orang itu makin jauh dari hidayahnya. Kadangkala Allah bagi rezeki ala kadar supaya orang itu makin dekat kepada Allah. Jika orang itu dibiarkan leka, mungkin dia akan lupa. Lihatlah betapa Allah kasihkan kita.
                                                

Muhasabahlah sebentar...adakah kita juga menyayangi Allah dengan segala tindakan kita sekarang ini? Renung-renungkanlah..
Wassalam.




No comments:

Post a Comment